February 15, 2017

♥ Unexpected Feeling. (Part 7)


** Sambungan Unexpected Feeling. (Part 6) **
** Dinasihatkan baca ⬆⬆⬆⬆ dulu baru baca ⬇⬇⬇⬇ **

Aku dapat UiTM Perlis, Diploma in Science, and dia dapat Diploma in Sports studies. dia dapat dekat... UiTM Perlis jugak!!!! Yeay us! Memang bersyukur tahap ape weh. Tak payah aku travel nun jauh di Johor and tak sia sia aku let go my multimedia. Science pun not bad ape. Cabang meluas. Kan? Lagipun my brother pun study sana time tu, so memang senang gila la kalau nak balik, or incase ada emergency apa apa ke. Alhamdulillah weh. Memang aku berterima kasih sangat sangat kat sapa yang pilih aku untuk ke UiTM tu. Hahahaha. Dia pun lega gila.  Dia tanya aku, "Tak menyesal let go multimedia tu? Minat kan?" Aku gelak je, ceh baru skarang nak tanya. Dulu sibuk suruh jangan pergi sana. Hahaha. Aku geleng je kepala and cakap "Kecewa jugak la sikit, tapi takpe la at least we're together" Pastu dia senyum. 

Aku pun seram jugak weh kalau takdapat sama dengan dia. T_T Macam mana la aku nak survive tanpa lawak lawak dia. Kehkeh takde la gurau je. Aku bukannya overly attached girlfriend macam dia tu. Awek jauh sikit je takboleh. Haish taktahu la aku macam mana nanti. Kalau la aku dapat kerja mana mana yang jauh, dia ke yang kena posting kerja jauh jauh. Ha baru dia tahu! Sehari lepas tu, kitaorg siap siap semua barang nak ke sana. Prepare everything, surat tawaran, medical check up bagai. Aku tengok sepanjang dia buat benda ni semua, dia macam tengah fikir something dalam kepala dia. Aku tak tanya pun. Aku fikir alah biar la, kalau dia nak share dia share la. Kalau taknak takpela. Kalau dah teruk sangat nanti aku tanya la. Mungkin just a small matter. Hehe.

Pastu lepas habis je aku cakap tu dlm hati, tiba-tiba terus dia merungut kat aku. "ayah marah I dapat sport rec ni, ayah cakap hang nk buat apa nk course ni? Orang pilih la course yang senang dpt kerja, course yang ada masa depan sikit" dia cerita sambil buat mimik muka ayah dia. Kahkah. Oh, ni la sebab dia ye muka macam lepas makan lemon dari tadi? kehkeh. Aku cakap kat dia, "takpela awak, nak buat macam mane. Nanti awak study elok elok, buktikan kat dia yang course ni pun berguna jugak. You can start your own gym or boleh jadi coach untuk tennis? jadi fisio kat padang ke kan?" Dia reply "payah la ayah aku ni, apa dia nak ntah la." Aku senyum je kat dia. "Dia nak yang terbaik for his handsome son ni ha. Takpela nanti dia faham la tu. Biasala." Nak kutuk lebih lebih ayah dia kang jadi tak hormat pulak. Bakal pak mertua weh. Kehkeh. Tapi sebenarnya aku tak reti nak cool down kan people. Kahkah. 

Seminggu lepas tu, result Aviation dia keluar. Guess what? Dia dapat belajar situ. T_T Dia punya berkerut dahi fikir nak ambil mana lagi teruk dari berkerut dahi time fikir ayah dia marah dia tu. Hahahahha. Dia tanya aku UiTM ke Aviation? Ada la dekat 100 kali dia tanya benda tu T_T Aku cakap dalam hati aku, cis kalau aku pergi Johor tu sibuk je dia nk clash bagai ugut aku takbagi pi. Kalau dia tu siap suruh tolong dia pilih nk pi mana. Takpe pulak ye dia yang pergi jauh. Aku cakap kat dia pilih la yang mana awak rasa terbaik untuk awak. Typical advise. lol

Teka dia choose yang mana?! :p UiTM ke Aviation?

Unexpected feeling part 8. 
Adios. ;)

No comments:

Post a Comment

No harsh word. Thank you! x