May 15, 2017

♥ Unexpected Feeling. (Part 8)


** Sambungan Unexpected Feeling (Part 7) **
** Dinasihatkan baca ⬆⬆⬆⬆ dulu baru baca ⬇⬇⬇⬇ **

Aku teringat aku pernah kata kat dia time mula mula dia perayat aku time nk couple 2minggu tu. "jadi pilot dulu, baru boleh kawin dengan kita" Kahkahkah, mungkin ni la salah satu sebab dia serabut fikir nk pi aviation ke UiTM, tak jadi pilot jadi yang berkaitan dengan pilot pun jadi la kan? Hahahaha. Ntah la aku teka je. Mane tahu memang dia fikir macam tu? Haha bukan boleh sangat mamat ni. Selalu take serious apa yang aku merapu kat dia. Haha. 

Pastu fikir punya fikir.... dia buat keputusan untuk ke UiTM. Kenapa? First reason dia, dia dah bayar yuran UiTM RM800 lebih sebelum dapat tahu keputusan aviation dia tu. Dia kata "rugi la dah bayar, nak mintak balik pun tak boleh. Takpela sport rec pun. Bolehla workout for my badan yang sedia dah sado ni" Puih, aku siku perut dia. Hahaha. Pastu aku cakap, "perut pun mengelebeh, sado apanya" I think we both happy about this decision. Sorang tak payah pergi Johor, sorang lagi tak payah pergi Sepang. Yeay us! Dah masuk bulan 6. Which is bulan that we need to register our self to UiTM. Masa nak masuk tu, Ya Allah, jammed taktahu nak bagitau macam mana. Macam mana tak jem kalau semua serentak skali masuk? Budak sains ada, budak geomatik, budak computer, budak math, budak sport rec. Nah semua join skali. Dah la Perlis tu kecil. Serius jammed teruk gila T_T 3jam jugak la duduk kat dalam kereta kat perlis tu sebelum masuk gate UiTM. 

The first week of MDS goes well. Takdapat jumpa dia sangat sebab dorg separate girls and boys. Ada jumpa sekali dua je. Tu pun time pergi pemilihan Palapes. Kahkah. Palapes ni lawak. Hahaha. Memang kami berdua nak masuk gila gila ah Palapes ni. Last last, sampai kat step election ke-3 kut? Dia ada 3step. First step kena lari satu UiTM, buat sit up bagai, macam ujian kecergasan la. Sapa lepas kira boleh futher step 2. Step 2 pulak Ntah la? Kawad mungkin? Aku taktahu. Kahkah. Step 3 pulak, aku tanya kawan aku haritu, ujian ape tah. Something macam ujian minda or akal ape tah. Biar lah. Yang lawaknya, kitaorang blah macam tu je. kahkah. Dia blah mungkin sebab malas nak terikat dengan apa apa. Ye la kan Palapes ni kena bangun pagi la berkawat la ape la. Dia awal awal lagi dah blah. Habis habis election first tu terus dia text, "i taknak join. Hahahahaha." Pastu terus dia takpergi dah. Hahaha. 

Aku blah sebab time aku pi election ke-2, kena pakai tudung putih. Ok tu first. Then second, tudung bawal aku tu tak sama kat bawah. Ade sorg kak poyo mane tah "ni masuk tandas, pergi adjust tudung tu bagi sama, bagi rapi! Pin tiga ke bawah! Sekarang." Dengan nada tinggi. Orang sebelah aku pun tekejut. Aku like? Weh? Takyah la macam tu? Hang bisik pelan pelan kat telinga aku pun dah ok kut? Aku pi tandas, then aku ubah cara tudung aku, terus aku blah. Tak pi dah padang kawad tu balik. Kahkahkah. Sedih gila, baru berniat nak jadi askar. Dah tokleh. Mungkin memang askar tegas macam tu. Tapi ntah la aku takleh terima. Kahkah.

All goes well until dah start schedule belajar... T_T.......
Sorry pendek! Will improve it for the next entry!
Unexpected Feeling. (Part 9).  
Adios. ;)

No comments:

Post a Comment

No harsh word. Thank you! x