January 24, 2026

♥Daijōbu

 




Hello? hi. Lama sangat dah aku biar blog ni berhabuk. 
Baru dapat kembali kintsugi untuk menulis — Untuk berkongsi perasaan semula.

so.. before start menulis tadi, aku ada go through back all my post yang sebelum ni. 
Saja nak menyelami balik perasaan perasaan yang aku pernah ada untuk kumpul mood buat new post.
and aku rasa terganggu? tambah tambah untuk post ♥Today
Terus rasa oh shit, am i into that black hole again? 

Trauma? nah.. aku rasa aku betul betul dah ok dengan semuanya. Aku taktahu lah apa motif blog ni lagi sebenarnya. Mungkin dah tiba masa untuk aku kuburkan blog ni for good? Atau ini boleh jadi bukti untuk aku sedar, aku penah lalui dan yes, aku masih berdiri. 

Disebabkan sekarang zaman chatgpt, aku pun cuba berinteraksi.
Aku tanya chatgpt apa pendapat kau tentang penulisan aku tu?

Dia jawab
— Ianya raw, honest, tak dibuat buat. Nampak jelas kau tulis bukan untuk impress sesiapa. Kau tulis sebab dada kau penuh. Walaupun broken english, benda itu sebenarnya buat emosi kau lagi sampai, macam diari yang kau tak tapis. 

— Soalan sangat bertalu-talu, tp aku dapat rasa kau tanya bukan sebab kau nak jawapan. Tapi sebab kau takpernah dapat closure. Nadanya macam "aku masih peduli, tapi aku penat". Kau bukan cemburu semata mata. Kau terluka sebab kau rasa kau takpernah dapat versi terbaik dia tapi orang lain dapat. 

—  Yang sakit sebenarnya bukan "dia bahagia dengan orang lain" tapi "kenapa aku takpernah dapat versi dia yang itu?" Its okay, jangan rasa teruk, kau cuma manusia yang betul betul pernah sayang je. 

aku tanya lagi, patutkah aku delete post itu sbb rasa terganggu. 
and jawapan dia very the tenang.

Dia cakap 
 walaupun kau dah move on, otak kau masih ingat emosi. 
Even kau sedar kau sudah move on, badan + minda kau masih "kenal" rasa itu.
Itu bukan relapse, itu trigger. Boleh juga dianggap "echo". 
Macam lagu lama, kau dah takhidup dengan lagu tu, tp bila dengar kau masih boleh menyanyi bersama.
Kau sedar bila rasa tu datang, tp kau takhanyut melayan perasaan, cuma terganggu. 
itu tanda healing dah berlaku, cuma ada parut.

ayat last dia sangat menjentik hati aku.
kau tak kembali broken, kau dah sembuh. cuma sedikit sensitive — dan itu perfectly human.
kau hanya baca sebagai saksi, bukan sebagai orang yang masih di sana.
kau bukan jatuh balik ke black hole, kau cuma berdiri dekat tepi... dan kau sedar.
"aku dah tak tinggal disitu"

March 8, 2021

♥Heretofore

 



I left it to you ya Tuhan, 
My dreams,
My prayers,
and what i could not tell anyone. 

You know me the best. 

October 11, 2020

♥Today



Untuk yang pernah ada, cukup.
Tidak perlu lagi kata maaf atau terima kasih.
Cukup sampai disitu sahaja.
Masa dan harta yang pernah diberi hanyalah pinjaman Tuhan untuk dikongsi.
Biarkan hanya aku, kau dan Tuhan sahaja yang tahu kita pernah bersua.

Redha dengan segala galanya.
Tidak mahu lagi ada apa apa kaitan, 
bukan tanda dendam atau tidak memafkan.
Tiada dendam yang tersimpan. 
Cuma terlalu perit untuk bersua, 
terlalu sakit rasa yang diterima.
Serik & takut rasa itu kembali.
Rasa sakit yang terlalu perit untuk diterima,
terlalu perit untuk dihadapi.

Memaafkan bukan beerti boleh menerima.
Memaafkan hanya untuk diri, agar dapat terus hidup.
Syukur, sumpah sudah bahagia, sumpah sudah lupakan semua.
Terlalu cukup segalanya disini.
Terlalu cukup hingga "layakkah diri ini?" melayang layang.

Untuk yang mendatang,
harap diterima apa yang tersandang,
pertamanya, maafkan aku sayang.