December 17, 2015

♥ UiTM, settle.


Ter-update-nya entry ini, maknanya Hana officially have quit UiTM. I still really dont know whether this is the good decision or not. Im still in doubt walaupun satu demi satu benda yang aku buat, telah membuatkan aku jauh dari UiTM. Aku buat semua tu tanpa sedar. Bukan tanpa sedar, ntah? Aku telah send borang berhenti. Aku telah stop PTPTN. Nah i just dont know. Hati aku taknak, tapi otak and badan aku still working on berhenti UiTM. Ntah la. Hati aku still taknak tinggalkan UiTM.

That kind of thought is bad for me i know. Tapi jauh dalam hati, still rasa seronok and taksabar untuk belajar benda baru. Belajar kat tempat baru. Gain new experience. Tapi, ntah la. Aku stay UiTM dua minggu lebih just for lepak dengan kawan-kawan and settle segala benda untuk berhenti. Untuk selesaikan borang berhenti tu, aku telah dibawa round satu UiTM kahkah. sebab nak ambil tandatangan beberapa orang penting kt sini. Aku pergi mushroom untuk settle hutang kolej, aku pergi library, aku pergi makmal, aku pergi HEP, HEA. Semua tempat tu telah mengeluarkan kembali kenangan kenangan semester 1-3. Ada jugak la air mata keluar sikiiiiiiit. Cepat cepat aku lap guna baju. T_T 

Time aku mintak tandatangan pengurus makmal, dia tanya aku. "Ni dah habis fikir ke nk berhenti ni? Dah semester 4 ni? Sungguh ke nk berhenti?" Aku cakap "dah fikir habis kut?" Pastu dia kata "KUT?" Nada terkejut. Kehkeh aku senyum je. Pastu dia kata, "takpelah. Kat mana pun sama je kan? Janji belajar sungguh sungguh." Pastu dia senyum. Aku pun senyum. Pastu krik krik. Pastu aku minta diri. Kahkah.

Aku duduk di bilik roommate aku yang lama. Sebab bilik dorg ada katil kosong. Sebab itu mmg katil aku. Tapi aku tak daftar pun kolej. Sebab, ntah? Nanti susah pulak nk daftar keluar. Biarlah. Pastu ada satu hari tu, ada spotcheck. -_- Time aku datang lah pun dia nak buat spotcheck. Aku buat buat tidur je, roommate aku yang jawab semua. Kehkeh. Kesian pulak dia. Alah JPK pun sibuk je, dah la datang tengah tengah malam. Dia tanya "Mana slip pengenalan diri depan pintu tu untuk sorg lagi?" Roommate aku jawab, "Dia tak letak lagi. Esok pagi dia letak." Padahal mmg takde sebab aku tak daftar kolej. Aku lah PATI. Pendatang tanpa izin. Mesti semua PATI rasa macam ni kan kat Malaysia ni? Kehkeh. Pastu JPK duk pok pek kat jiran sebelah, kasut kenapa banyak la apa la. Padahal, dorg tengah buat study group. Pastu aku dengar jiran perli JPK. "Kawan kawan nanti datang bilik aku, jangan pakai kasut tau, semak banyak kasut depan ni." Kehkehkeh. Itula, sibuk lagi datang memalam buta kacau orang, pastu pokpek pokpek pulak. Hmm. Mmg kena hentam le. Takpela, dah kerja dorg kan, nak buat macam mana? 

Malam terakhir aku di UiTM, aku lepak dengan kawan kawan kat cafe. Kawan aku tanya, kenapa nk berenti UiTM walaupun hang takmau? Aku senyum, aku angkat bahu tanda taktahu. Oh my dear friend, aku pun still taktahu and masih berfikir kenapa aku nak berhenti UiTM. Walaupun aku taknak? Mungkin sebab aku lebih nampak masa depan kalau aku pergi SPA. Aku tahu rezeki tu ada kat mana mana even if aku stay in UiTM. Tapi, dah kalau rezeki dah memang betul betul ada depan mata, takkan nak tolak kan? So yeah, aku dah berhenti UiTM. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menempuh hari hari sedih di UiTM. 

Not so goodbye myLove, goodbye roommate, goodbye my friends, goodbye C-Mart Arau, goodbye UiTM Kampus Arau Perlis. I will surely miss you guys a lot. :') Thank you for the memories. UiTM akan sentiasa dihatiku. Doakan aku semoga tabah and kuat untuk hadapi masa depan. Adios. 

8 comments:

  1. all the best kat tempat baru

    p/s: JPK mmg suka menyibok haha 3:)

    ReplyDelete
  2. rezeki ada dimana2 . yg penting your effort. insyaAllah .pray for you hana :)

    ReplyDelete
  3. you may feel doubt with the choice you make. sooner, you'll feel that this is right decision. kalau rasa menyesal pun, think about it why you still continues pursuing. everything that you do, ada hikmah why you do it. i know that feeling, bila dah selesa dekat satu tempat, tetiba kena pindah. i know that feeling very well :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awh this is what i wanna hear T_T Thank you so much!!!!
      Harap harap ok la nanti. Thank you again. <3

      Delete
  4. my sister uitm jugak dulu.tapi kos dia berat sgt n tak dapat bawak.jadi dia berhenti. then sambung blaja di politeknik. rugi setahun usia.tapi di poli dia berjaya dapat biasiswa tajaan dan tak amik ptptn.then skrg dah bekerja kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... tu la orang ckp, rezeki kat mana mana kan? janji kita take the risk. Hehe tahniah akak awak!! <3

      Delete

No harsh word. Thank you! x