Showing posts with label personal life. Show all posts
Showing posts with label personal life. Show all posts

August 31, 2017

♥ Syllabus Penolong Pegawai Farmasi.


Yeay tumpang aku free malam ni, walaupun assignment boleh tahan meninggi atas meja tu. Takpe, lek jup. Kalut kalut nak pi mana? Meh sini rapat rapat, aku cerita bab subject subject yang aku or korg yg bakal masuk sini akan hadapi time ambil Diploma in Pharmacy ni. 

Take note, this syllabus might be different dengan university university lain. Ade sorang kawan aku, dia dah pernah masuk diploma farmasi ni dekat Uni lain, dia kata syllabus dia lain sikit. Like biology and chemistry, dekat Uni dia, dorg campurkan skali jadi Biochem. Tapi kat sini, KSKBSAS, nope, you'll have both. Biology and Chemistry. Tapi untuk semester satu and dua je, nanti dah naik semester seterusnya, dah takde. 

So yup, here aku listkan subject-subject yang korang akan hadap di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, course untuk Penolong Pegawai Farmasi. From semester 1 until 6. Ha ni dia berkat aku fokus dalam taklimat sebelum mula sesi pembelajaran haritu. Kahkah. But this one valid till 2018 ja ok. After that year i did not if they change the syllabus or adjust something. Tapi this one yang aku hadap dari 2016-2018.

SEMESTER 1
1. farmaseutik 1
2. farmaseutik 2
3. kimia asas 1
4. biologi asas 1
5. Fisiologi asas
6. Mathematic (Addmath form4 & 5)
7. English (takde exam)
End semester : Vacation posting(practical) - one week : klinik

SEMESTER 2
1. Kimia asas 2
2. Farmakologi 1
3. Farmakologi 2
4. Farmaseutik 3
5. Sains Tingkahlaku
6. Amalan farmasi
7. Mikrobiologi asas
8. English (takde exam)
End semester : Vacation posting(practical) - two weeks : hospital

SEMESTER 3
1. Farmaseutik 4
2. Farmaseutik 5
3. Farmakologi 3
4. Farmakologi 4
5. Farmakologi 5
6. Kaedah penyelidikan
7. Kemahiran teknologi farmasi
8. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
9. English

SEMESTER 4 (POSTING) read practical😂
1. Amalan farmasi 1 (pesakit luar)
2. Amalan farmasi 2 ( praktis farmaseutik, klinikal & stor)

SEMESTER 5 (POSTING) read practical😂
1. Amalan farmasi 3 (pesakit dalam)
2. Amalan farmasi 4 (klinik kesihatan)

SEMESTER 6 (masuk kolej balik)
1. Pengurusan Am
2. Analisis Kimia farmaseutik
3. Kaedah penyelidikkan 2
4. Pengenalan mikrobiologi farmasi
5. pembangunan dan kesihatan

Korang akan belajar semua subject di atas guna Bahasa Melayu. T_T Untuk aku, its quite hard, sebab aku dari darjah 1 pakai English. Bila masuk je term malay, slalu aku suruh lect translate jadi english. Then baru aku boleh recall balik. Kahkah. Ade jugak in dorg ajar in english, in notes bercampur BM, BI. Even buku rujukan yang dibeli and dekat perpustakaan pun banyak dalam English. Dont worry. Bajet mat salleh eh korg. Haha. and one more, if korg takde basic pure science tu kena struggle sikit la. Kena rajin tanya. Tanya kawan kawan yang dah ade basic tu. Tapi aku rasa, boleh je kut korg score kalau betul betul give attention in class. Lect takde la ajar laju sangat and takde la ajar slow sangat. Ok ok je! Yeay! 

so, aku and korg akan go through dua exam in every semester. Satu pertengahan, and one more final. Markah dia ada terbahagi kepada percent percent. Aku malas nk cerita detail nak mampus kat sini. Tapi, untuk English, walaupun takde exam, korg tetap kena lulus. Markah dia untuk nak lulus tu, based on pemerhatian dalam class, contohnya macam marks korang for presentation, or assignment and so on. Weeee, So i hope this will help someone! Hehe ^^ See you when i see you. Adios. 

-UPDATE-
Nama kolej tu skarang dah jadi ILKKMSAS
Institus Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah.
syllabus for diploma farmasi i didn't know dah bertukar ke macam mana. this one based on my pengalaman 2016-2018. But yeah, you can roughly dapat bayangan la at least sebelum join alam diploma farmasi kt situ kan? ok thank you bye. 
 Yes, im your senior. Batch Rx8.  ╮( ˘ 、 ˘ )╭

January 22, 2016

♥ New place.

missing myboy T_T

Yeay it almost a month im here, in Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. (KSKBSAS). Hehe. Boleh tahan la. First first je rasa macam semak sikit, then lama lama dah boleh adapt. About my orientation, its a good thing! lol first time aku cakap orientasi ni benda bagus. lol. Aku pun still contact with my first group ever since being here. Even group whatsapp kitaorang pun still active. Kahkah. Group aku nama ActiveFast. Lol. Group aku terdiri dari pelbagai peringkat umur. Haha. 25tahun ada 23 ada 20 ada 18 pun ada! Nasib aku golongan pertengahan. Even berbeza umur, kitaorg tak pernah pun beza bezakan, ko muda ke ko tua ke, kitaorang bersembang pun main "aku hg kau ko" je. Takde la ber kak adik abang bagai. Yeay! Baru la tak awkward kan? Haha


So i must say being here is not bad at all. Nothing make me sad. Nothing goes wrong. So far so good? Very good i guess? Tapi, takboleh lari dari perasaan takut, sebab dengar-dengar je taklimat bab rules, terus cuak. Quite strict. T_T Berbeza gila dengan UiTM. Tapi, takpelah nak buat macam mana. Mana tahu by this way, boleh ubah diri aku yang tak berguna ni? Kahkah. Masa assembly bulanan haritu, ada anugerah untuk pelajar cemerlang. Peh, senior senior pharmacist 20 orang deans list. T_T Tujuh orang 4flat. Sumpah rasa semangat terus nk bagi dapat deans list jugak. T_T Doakan aku.


Weeee im happy being here ^^ tak sabar nak naik naik dan naik sem! Nak posting! Nak segalanya! Im so eksaited lol. Jangan eksaited sangat Hana, nanti ade la tu benda tak kena. kehkeh. Takpa pray for the best, kita hanya merancang. Yang lebih mengetahui uruskan segalanya. My class ada hundred lebih student. 111, i guess? lucky number lol. Mula mula tu mmg payah jugak la nak hafal nama, muka setiap sorg. Kahkah. Tapi its ok, slow slow, time by time nnt ingat jugak semua orang. Orang borneo ramai jugak dalam class aku. 1/4 mungkin? Dengar dorang bersembang mmg best. Walaupun tak faham apa. Kahkah. 

Tu je kut aku nak cerita. Nanti ada masa aku update pasai my study. Subject dia macam mana. huhu. moh le berkongsi cerita. Sebab aku sebelum nak masuk sini, aku search bab penolong pegawai farmasi ni, tapi takbanyak pun info. Ada satu dua blog je yang cerita. Takpe, meh aku jadi orang ketiga yang cerita pasal course ni. Hehehe ^^ adios. 

December 27, 2015

♥ Mission 2K16.


Okay, this entry is for my future. So, its only four days left for 2016. A new chapter. A new life. A new place. A new friend. A new environment. A new me. I hope. Aku taktahu kenapa, but i really really feel confident for this upcoming new year. Confident apa? Ntah la. Rasa confident gila nak menghadap benda baru. Aku betul betul berharap 2016 dapat membantu aku untuk membawa diri aku kearah yang lebih baik. Aku tak pernah ada perasaan ni sepanjang aku hidup 19 tahun ni. Kahkah. 

New year tahun tahun lepas hampes je. Feel nothing. Betul betul 00:00 je terus send whatsapp, send massage Happy New Year *smile face* *firework* *firework* *balloon* *smile face* *smile face* Close new chapter, open a new one. Lol. Smile face banyak, padahal muka ketat je tunggu orang tak reply balik. Kahkah. Nasihat orang to open new chapter lah sangat, tapi kita tu still dengan perangai tahun lepas. Kehkeh. Tapi not this year. Not for 2016. I will make sure 2016 will be my year. Year of my turning point. Theres a lot of thing that i want to improve in 2016. Theres a lot of new good intention need to be done. Aku dah habis fikir, untuk hapuskan segala azam aku tahun tahun lepas. Sebab i dont even remember satu pun dari azam azam aku yang lepas. Kahkahkah. Ataupun boleh jadi, aku tak ada langsung azam. lol. Tengok la betapa hampesnya hidup aku sebelum ni. 

Aku mmg kena berubah. T_T So my azam tahun depan will be "Aku kena berubah" Ok? ok. Satu je. Tapi satu tu merangkumi seluruh aspek. Wuish berat tu. Takpe, you can do it Hana. Believe in your self! Kita kena selalu cuba untuk kearah yang lebih baik. We have to try. Kalau tak try, maknanya kita dah failed. Kalau dah try, berhasil or tak, itu belakang cerita. Yang penting kena try. Janji cuba. Ok? ok. Macam cerita mission impossible. Aku slalu berperang dengan diri sendiri. Alah taklogik cerita ni. Tak logik. Tapi lepas aku kena beleter dua tiga das, and lepas berfikir sejenak. Baru aku sedar, try is the key.

Haritu masa lepas aku tngok Mission Imposible yang latest tu, aku cakap kat bf aku, "alah taklogik la cerita ni. Memang taklogik gila la. Tu semua nasib dia je. Nasib dia baik, dia terselamat la. Lagipun Hero, takkan dorg nak buat dia mati" Pastu dia reply "Hang ni la ish, mmg la lakonan. Cuba hg tengok at the bright side. Dorg buat cerita bukan suruh untuk cari kelemahan, dorg buat cerita untuk cari pengajaran, and a little bit of entertainment. Think outside the box, at least dia cuba untuk hidup, cuba untuk selesai kan mission dia dengan sedaya upaya dia.  Dia try hard tak kira apa pun dia punya risiko. Ha tu yang orang nak. Bukan tahu condemn je" sambil ketuk kepala aku. T_T Dah la kena beleter panjang lebar, kena ketuk pulak. Hmmmm. 

kbye nak makan lapar. adios. 

December 25, 2015

♥ I'm home!


Yeay, setelah beberapa hari hilang di kota-yang-tak-pernah-tidur, Kuala Lumpur. Im back! Hehe. Aku pergi bercuti sana. Bukan bercuti sangat la, jalan jalan je. Pergi pun tempat yang cliché gila kt KL tu. Naik bosan pun ade. Tapi ok je, sebab ade je benda baru yang dorang tambah-tambahkan. First place that aku pergi Zoo Negara! Guess what? this is the second time aku masuk Zoo negara. First time aku time aku 9tahun mungkin? Ha aku pun dah tak ingat. Seingat ingat aku, dulu aku pergi, tepi tepi dia still penuh dengan hutan. Taktahu la betul ke tidak memory aku ni. Hahaha. 10 tahun dah weh tak jejak kaki kat sini. Kehkeh. Masuk sini, semangat kena kuat. Hahahaha Sapa tak tahan panas taktahu la. Kalau untuk baby lagi kesian T_T Pakaikan la topi or payung ke, yg penting bawak kipas. Ala kipas comel je, takpayah bawak kipas stand kat rumah tu pulak. T_T Kalau nak naik Trem, macam train tu, kena bayar. Senang sikit for babies. Tak de la panas sangat, and berangin je. Tapi aku prefer walk. Boleh exercise. Hehe.

Tapi lepas korg berpanas-panasan, boleh je lepak dalam tempat panda. Sejuk weh. Nyaman je. Best gila. Jeles pulak aku dengan panda ni. Hehehehe. Jumpa Fu Wa(male) and Feng Yi(female)! Atau nama Malaysianya, Xing Xing(male) dan Liang Liang(female). (aku tak suka nama Malaysia dorg, sebab tak berapa nk sedap) Kehkeh. Tapi time aku pergi tu, ade Fu Wa je. Feng Yi mungkin tengah susukan anak dia kat blakang. Kehkeh. Aku sempat tangkap gambar satu je Fu Wa tunjuk muka, yang lain semua dia sorokkan muka belakang batu. Sebab anak sedara aku yang berumur 2tahun lebih menunjukkan ke-eksaited-an dia dengan menjerit T_T Mungkin dia seronok sebab bergema, last last mak dia lari bawak dia keluar. Dalam tempat panda tu korang tak boleh bising. Sebab pendengaran panda sangat sensitive. Sedih gila Fu Wa tutup muka dia. T_T Tak sempat selfie. Hmmm. 

Satu lagi, kalau nak tengok baby panda, korang kena pergi tempat panda ni pukul 2:30pm - 3:30pm. Time tu je dorg put the baby on display. Aku pergi pukul 4lebih, takde pun baby T_T Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Balik tu bukak instagram Zoo Negara, baru tahu ade time dorg show the baby. Menyesal gila rasa tak masuk awal. Huaaaaaa. and one more, kalau nak pergi Zoo Negara, better pergi seawal dorg bukak tu, pukul 09:00am. Sebab nanti korg boleh follow dorg punya schedule. Feeding time and animal show. Tapi time aku pergi,  tempat animal show tu dorg renovate, dorang relocated dekat Kids punya tempat, kecik je. Animal dorang show pun tak banyak. Duration pun kejap je. Tak best weh. Pergi le nanti time dorang dah siap renovate. Ok? hehe. Entrance fee dia, Zoo sahaja, RM32 for adult, and RM11 for kids. Kalau nak masuk panda, RM54 for adults, RM22 for kids. So aku masuk, dua dua jadi RM86 untuk seorang adult. Hehe. Tapi abg aku dapat coupon discount from mane tah. So dapat dikurangkan lagi. So sebelum nk gi, cari la discount coupon kat mane mane k? :p

Next day, kak aku plan nak pergi Bukit Tinggi, Pahang. Fuh tempat dia aku tengok dalam Google cantik gila T_T Tak sabar gila nak pergi. Tiba tiba kak aku cancel. Kecewa dia hanya Tuhan yang tahu. Takpe, nanti aku gi honeymoon sana. Kehkeh. Ntah la cancel sebab apa, mungkin tak cukup masa. Reschedule,  kitaorang pergi Aquaria, pergi sini pun kena tengok time. Boleh join dorg punya activities. >refer here for feeding time< Kalau tak, rasa macam jalan kosong je taktahu pape. Tak best weh! Aku pergi haritu, dorang feed piranha, and otter and boleh bagi makan ikan dalam kolam tu sendiri. Tapi kena beli makanan dorg sediakan, RM3 tak silap? Ntah la, ni pun aku dengar announcement je, sebab kitaorang dah terlajak, so malas nak patah balik. Kehkeh. Masuk sini, RM46 adults, RM35 for kids. Ni pun abg aku dapat discount from Aeon, discount 10%. Hehe.

Then lepas tu gi Ikea. That was my first time masuk Ikea T_T oh god, best namatey. Masuk je terus dalam kepala cakap "nanti aku ade rumah aku nak datang sini beli semua" "omg cutenya, nanti ada rumah aku beli ni" "nanti ada rumah aku beli ni" Semuanya ada dalam ni! T_T Rasa nak tidur je sini. Kahkahkah. Pastu i try dia punya meatball, erm rasa dia tak la sesedap yang disangka. Aku ingat kesedapan dia boleh la change aku punya selera yang tak makan segala jenis ball, tak kira la meatball ke fishball ke fishcake ke. Tapi rasa dia taksedap mana pun. Aku pelik jugak ramai yang duk post kat instagram. Macam dorg happy gila dapat makan meatball tu. Kenapa ye? Maybe sedap, disebabkan aku bukan fans of all type of ball. Jadi tak sedap. kehkeh. 

Okay tu je kut nak kongsi. Act banyak lagi tempat lain. Tapi entry ni pun dah panjang. I bet orang takkan baca kalau entry pepanjang. Sebab kalau aku sendiri pun kalau nak baca entry panjang-panjang memang idok le. So i'll stop here! Hehe. So entry ni bukan entry berbayar sebab promote dorg punya tempat. Kehkeh ni dengan rela hati aku promote. I think my jalan jalan kali ni lebih kepada jalan jalan untuk kanak kanak T_T Penat weh jaga dorg. Rasa nak pecah kaki ni ha time kejar dorg kat Zoo. Dah la 5orang semuanya. Sorg ni nak dukung tak larat jalan, sorg ni asyik nk pergi kedai souvenir, sorg ni nak lari, sorg ni nak jalan, padahal jalan pun tak reti lagi T_T ha tu la perangai anak sedara aku semua. kbye nak tidur seminggu untuk recharge. kehkeh. adios.

Kiri gambar aku kat Ikea and kanan tu gambar Fu Wa bersantai sebelum ketakutan dengar anak sedara aku menjerit. Kahkah.

December 19, 2015

♥ Not so private blog.


Siapa Zayn's kipas-susah-mati here angkat tangan!!!! lol :p Oh god why handsome sangat ni? I've been there since x-factor. Heart break teruk time zayn leaving. Tapi takpe, i think solo lagi best. Takyah nak serabut nak fangirling kat Harry ke Zayn. Kahkah. Dulu time teruk gila minat kat dorg, I even have their fan account on twitter. Tapi dorg takde follow aku pun :( The Wanted ade la. Hmm taknak The Wanted, nak One Direction. Dah kenapa cerita pasal 1D ni? K dah. Bye. 

Hari ni aku nak cerita kenapa aku change this blog address. Semua orang yang ada blog mesti ada perasaan ni taksuka bila kawan or family or sapa sapa jelah yang kita kenal tahu pasal our blog. Kan? Kehkeh. Satu hari my classmate Harith, dia whatsapp, "expect less, hurt less" aku macam pehal dia ni tiba tiba whatsapp quote tu. Pastu aku rasa macam aku pernah baca benda ni, tapi kat mana ntah? Then aku malas fikir, aku abaikan je. Aku tak reply pun, malas nak layan.

Pastu 10min lepas tu dia whatsapp lagi, "kau blue tick kan aku, sampai hati. Btw best jugak blog kau, takde tulis pasal aku pun kan." Aku like? What the fish man, mane mamat ni tahu aku punya blog. Aku terkejut gila. Setahu aku, aku tak pernah pun dedahkan address blog aku kat sapa sapa kecuali dalam dunia bloggers ni. Aku tanya dia "mana ko tahu haaaaaaaa?" Pastu dia reply, "haritu aku pinjam laptop kau, aku ter. ter. ter bukak history." Ceit, kurang asam punya budak. Habis terdedah personal life aku. 

Aku terus suruh dia delete memory dia tentang blog aku or apa apa yang berkaitan blog aku. Hahahaha Dia kata "mana boleh, ala biarla aku baca. Boleh tahan jugak penulisan kau. Lain kali tulis la pasal aku. Lagi rating blog kau menaik." Aku cakap kat dia pergi mampus. Pastu sepantas kilat aku tukar address blog ni. T_T Rasa macam terdedah segala rahsia hidup aku. Hahahha. Ntah la kenapa, kalau orang yang aku kenal baca je mesti rasa tak best. Kalau orang yang tak kenal baca, ok pulak? Ntah la. kehkeh

Mungkin sebab aku taknak orang yang aku kenal tahu apa aku rasa. Sebab apa yang aku tulis kat sini, semua aku tak luahkan dalam real life. Apa yang aku tak sampaikan dalam dunia luar, aku sampai kan kat sini. Ala kira macam diary aku la ni? Takkan kau nak bagi orang yang kau kenal baca diary kau? Kan? Kalau orang yang aku tak kenal baca, its okay. Sebab lantak la? dia tak kenal aku? keh keh. 

Seminggu lepas tu, Harith whatsapp balik. "Oi pendek, mana blog kau?" Pastu aku reply "dah delete" KAHKAHKAH. Dah la panggil aku pendek T_T Ah lantak dia. Aku fikir, macam bodo jugak mamat ni. Dah dapat baca blog aku tu, senyap senyap dah la. Nak bgtahu aku kenapa? Kan dah tak boleh baca sekarang. Kahkah. Padan muka. So now, aku dah senang hati. Rahsia aku terselamat dari kecaman dunia. Kahkah. Moral of the story, jangan bagi orang pinjam laptop. Kalau nak bagi jugak, delete history. Kahkah. k adios. :)

December 17, 2015

♥ UiTM, settle.


Ter-update-nya entry ini, maknanya Hana officially have quit UiTM. I still really dont know whether this is the good decision or not. Im still in doubt walaupun satu demi satu benda yang aku buat, telah membuatkan aku jauh dari UiTM. Aku buat semua tu tanpa sedar. Bukan tanpa sedar, ntah? Aku telah send borang berhenti. Aku telah stop PTPTN. Nah i just dont know. Hati aku taknak, tapi otak and badan aku still working on berhenti UiTM. Ntah la. Hati aku still taknak tinggalkan UiTM.

That kind of thought is bad for me i know. Tapi jauh dalam hati, still rasa seronok and taksabar untuk belajar benda baru. Belajar kat tempat baru. Gain new experience. Tapi, ntah la. Aku stay UiTM dua minggu lebih just for lepak dengan kawan-kawan and settle segala benda untuk berhenti. Untuk selesaikan borang berhenti tu, aku telah dibawa round satu UiTM kahkah. sebab nak ambil tandatangan beberapa orang penting kt sini. Aku pergi mushroom untuk settle hutang kolej, aku pergi library, aku pergi makmal, aku pergi HEP, HEA. Semua tempat tu telah mengeluarkan kembali kenangan kenangan semester 1-3. Ada jugak la air mata keluar sikiiiiiiit. Cepat cepat aku lap guna baju. T_T 

Time aku mintak tandatangan pengurus makmal, dia tanya aku. "Ni dah habis fikir ke nk berhenti ni? Dah semester 4 ni? Sungguh ke nk berhenti?" Aku cakap "dah fikir habis kut?" Pastu dia kata "KUT?" Nada terkejut. Kehkeh aku senyum je. Pastu dia kata, "takpelah. Kat mana pun sama je kan? Janji belajar sungguh sungguh." Pastu dia senyum. Aku pun senyum. Pastu krik krik. Pastu aku minta diri. Kahkah.

Aku duduk di bilik roommate aku yang lama. Sebab bilik dorg ada katil kosong. Sebab itu mmg katil aku. Tapi aku tak daftar pun kolej. Sebab, ntah? Nanti susah pulak nk daftar keluar. Biarlah. Pastu ada satu hari tu, ada spotcheck. -_- Time aku datang lah pun dia nak buat spotcheck. Aku buat buat tidur je, roommate aku yang jawab semua. Kehkeh. Kesian pulak dia. Alah JPK pun sibuk je, dah la datang tengah tengah malam. Dia tanya "Mana slip pengenalan diri depan pintu tu untuk sorg lagi?" Roommate aku jawab, "Dia tak letak lagi. Esok pagi dia letak." Padahal mmg takde sebab aku tak daftar kolej. Aku lah PATI. Pendatang tanpa izin. Mesti semua PATI rasa macam ni kan kat Malaysia ni? Kehkeh. Pastu JPK duk pok pek kat jiran sebelah, kasut kenapa banyak la apa la. Padahal, dorg tengah buat study group. Pastu aku dengar jiran perli JPK. "Kawan kawan nanti datang bilik aku, jangan pakai kasut tau, semak banyak kasut depan ni." Kehkehkeh. Itula, sibuk lagi datang memalam buta kacau orang, pastu pokpek pokpek pulak. Hmm. Mmg kena hentam le. Takpela, dah kerja dorg kan, nak buat macam mana? 

Malam terakhir aku di UiTM, aku lepak dengan kawan kawan kat cafe. Kawan aku tanya, kenapa nk berenti UiTM walaupun hang takmau? Aku senyum, aku angkat bahu tanda taktahu. Oh my dear friend, aku pun still taktahu and masih berfikir kenapa aku nak berhenti UiTM. Walaupun aku taknak? Mungkin sebab aku lebih nampak masa depan kalau aku pergi SPA. Aku tahu rezeki tu ada kat mana mana even if aku stay in UiTM. Tapi, dah kalau rezeki dah memang betul betul ada depan mata, takkan nak tolak kan? So yeah, aku dah berhenti UiTM. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menempuh hari hari sedih di UiTM. 

Not so goodbye myLove, goodbye roommate, goodbye my friends, goodbye C-Mart Arau, goodbye UiTM Kampus Arau Perlis. I will surely miss you guys a lot. :') Thank you for the memories. UiTM akan sentiasa dihatiku. Doakan aku semoga tabah and kuat untuk hadapi masa depan. Adios. 

July 30, 2014

Salam Perantau. lol


Hey guys, update time.
*sapu sawang* *vacuum carpet*

Yeay, im finally home. After two month being in Arau, Perlis. Lol aku boleh survive duk sanaaaa weh OMG OMG. lol Takde la teriak meraung guling guling sepanjang balkoni nak balik rumah ke rindu mak ke rindu ape ke. Hahahaha. So. Puasa pun dah. Raya pun dah. Haha bulan Jun langsung tak sempat apa untuk update blog ni. Memang tak berjumpa computer or laptop langsung. Jumpa pun sebab nak buat hal penting je. Untuk benda lain mmg macam takdak masa. Boleh tahan busy la awal awal masuk ni. Tapi macam enjoy ah kat sane. New place. New life style. New friend. Everything new! Hehehehehe.


Hahaha teringat first time gather in class, semua like diam bengong taktau nak sembang ape je. Bila dah sebulan lebih kenal, tetiba time tunggu nak berbuka puasa, kawan aku cakap "Woi budak bising, dulu aku tengok kau Hana, sorg sorg je. Jalan gi class sorg sorg, balik sorg sorg, tak cakap dengan orang. Buat hal ko sendiri je. Tak kisah pasal orang lain pun. Skarang nah, kau la orang paling happy and cakap paling banyak dalam class ni" Bhahahahhaahaha nah skali kena tarik macam tu gelak terus aku. Aku sambung "tu la tak kenal maka tak cinta weh" tetiba? hahahahhahaa Aku senang je nak kawan dengan aku. Dua je rules. Buat aku bercakap. Buat aku gelak. Then pufffff mmg automatic korang jadi kawan aku. Kalau kau pandai lagi sikit ambik hati aku lol maybe we can be bestfriend? Haha. But mmg korang kena start ah. Kalau aku nak start mmg tak ah. Sampai ke tua aku sanggup hidup sorang sorang daripada aku yang start dulu. Serious talk.


Ni pun seminggu je cuti. Ahad ni dah nak balik sana. Memang bersawang balik la blog ni. Takpe. Nanti ada masa kita update. Hehe. So far course science ni boleh la. Ade jugak sekali aku down teriak teriak takmau course ni sebab fikir aku takboleh nak follow nnt. Tapi takpe. Lepas beberapa minit merapu sorang sorang, lepas fikir dalam dalam and lepas ada orang tu cakap "Why not you try first? Try je la? Try the best. Try sampai penat sampai pengsan. Kalau boleh, untung. Kalau takboleh, bukan rezeki nak buat cannekan? At least ko dah try weh." Aku pun. Ha ah kan. Kenapa taknak try? Bukan senang nak dapat rezeki macam ni, aku dah dapat senang senang je cakap takmau. Takpe. Aku TRY. :)


Raya tahun ni complete. Cukup satu family. Semua orang ada. Dari 6 orang dah jadi 12. Hiks. 4 orang si kecil kecil cili padi. -_- and nnt tambah lagi sorang. ok. Penat kalau empat orang ni bergabung. Memang meletup rumah T_T Tapi takpe tu yang best. Kang dah balik sana, tiga orang duk dalam bilik, aku tngok hang hang tngok aku. ok. Hahahaha Nasib roommate sekepala dengan aku. Sorang tu suka makan. Sorang tu tukang merapu. Aku? Tukang layankan aje. Hahahaha


So... tu je kut? Last Happy Eid Mubarak guys. Have blast. Walaupun dah raya ke tiga. lol masih belum terlambat. Raya sebulan right? Jangan lupa puasa enam ye! hiks. And jangan lupa istiqamahkan apa yang anda lakukan pada bulan Ramadhan. Jangan kat bulan Ramadhan korg jadi lain, bulan lain korg jadi lain. Ye? Ha, jangan lupa jugak #FreePalestine #Pray4Gaza #GazaUnderAttack Ingat juga kat adik, abang, kakak kita kat sana. :'( Allah selamatkan mereka. Berikan kebebasan kepada mereka. Berikan keamanan kepada mereka. Amin. Thats all. Heeeeee see ya.  bye, xoxo 





May 31, 2014

7days to go.



Hey guys, update time. 
So lagi 7hari. Barang semua belum prepare. Serius. Tapi check up, bank, yuran semua dah settle YEAY. Tunggu hari je. Tah la aku rasa apa? rasa excited kut? Pasai la rasa apa pun. ._. Gua fikir satu je, nnt aku teriak rindu rumah tak? Hahahahaha aku rasa tak. Tapi mane tahu kan? Kalau rindu Aishy gemok? Rindu Aishya si budak kalut? Mak ayah kakak? T_T Mintak mintak tak teringat dorg langsung supaya aku tak teriak. ok.

Wish me luck guys. Nnt kat sana macam mana gua nak blogging pun taktahu. Laptop takde? Nak update ikut phone? Memang tak ah. aiyooo how? Tunggu cuti lew yew. WEH TAKDE IDEA WEH BYE.  xoxo 


May 11, 2014

♥ UiTM aku datang :p


Hey guys. Update time.
So like shown above. Alhamdulillah. Diploma science. Memula dapat tau dapat Science macam "lol nak lari dari form6 science, last last dapat UPU science. Mungkin rezeki aku kut science kut?" Hahaha. Takpela. Form6 pun memula aku takmau pi, sebab dapat science, then mak ayah paksa jugak sebab takut UPU takdapat. Then, tetiba dpt tahu form6 dah tukar gi sekolah Kat Padang Serai tu. So sebab jauh aku tak pergi. Kalau tak sekarang mesti setiap pagi dah tayang muka kat sekolah tu. Macam bosan pulak gi sekolah balik? Dalam hati "Takpe tak pergi, science weh, kau nak hadap chemistry????" Tapi, nah UPU pun dia bagi science. Haha. Takpe. Boleh. Hana boleh. Chemistry + Hana = YEAY I CAN DO IT. Okay. T_T

Then, i dont even know UiTM Tapah wujud. Memula ingat UiTM Seri Iskandar tu. Then search search baru tahu mmg kat Tapah. Lol. Tapi start ni kat Arau dulu. So senang transport gua ada disana. Haha Abang aku kat UiTM Arau jugak. So nnt balik cuti yeay balik dengan dia. Tapi nnt dah kena tukar Tapah T_T Takmooooooooooooo. Haih. My sweeeeeeetie pie kat Arau jugak :( Nakmo tukar. Aish. Benci ah gua cenni. Tapi takpe. Ah takboleh takpe. T_T Ntah la. Aku fikir nak belajar je ni. Nak tebus balik SPM aku yang macam haprak tu. Lol again Hana. Cakap je dalam blog ni. Tapi nnt hampeh tak jadi ape pun. Mcm SPM haritu la. Belagak nak berubah la apa la, then tak jadi ape pun.  Still mcm tu. APE NAK JADI NI HA?! 

Takpe. Semangat tu ada. Takpe. Hahahaha. Okay tu je la kut? Nnt gua update lagi. Bye, xoxo 

"If you feel that you're very down,just close your eyes and say ;
This is my journey. He puts me here. Its His plan. I know His plan will never disappoint me. So, i just have to carry on and trust him."


April 28, 2014

When ur heart say "enough"


Hey guys. Update time.


So Hi. Long time no membebel here right? So hows life guys? Okay? Haha good then. My life. Its all goes chaotic now. Semua like mixed up and jadi tak teratur then boom meletup. Bored + live + Love + bad luck = BLERGH. Idk why. Ergh. 


And about what i choose for further study. Physiotherapy and perkembangan awal kanak kanak. Haha i dont even want it. It just like ah pilih je, minat nanti boleh dipupuk and kau suka bebudak right? nnt boleh jadi cikgu tadika or physiotherapy part kanak kanak. Then mula la fikir ah kalau aku takboleh nak ikut mcm mana nanti. Kalau aku failed mcm mana nnt. Then i was like "D*mn, you have choose it and you must serius dengan benda tu nanti, sebab benda alah tu tak boleh nak tukar dah pun nnt kalau dapat?" This is bad. Tu la orang cakap, "fikir dulu habis habis dalam dalam sebelum buat something dalam hidup kita. Fikir dulu, baik buruk. Fikir dulu, how it goes in future." Susah jugak berperang dengan diri yg dulu dengan diri yg sekarang. Dah macam orang gila. Serius.  


Then other than UPU. Aku dapat UniKL, course also in Physiotherapy. Hahahahahaha Why the hell aku pilih physiotherapy je semua. Lepas dapat result result ni baru aku sedar. Kenapa aku pilih benda alah tu je semua? Blergh. Then i got KPTM. KTPM ni macam aku suka. Course in Computer Graphic Design. But i dont even know apa kerja dia nanti. and the bad thing is, aku dapat kat Batu Pahat, Johor. Weh, aku kat utara. Dia bagi kat selatan nuh. Seriously, HOW DO I FREAKING SURVIVE THERE??! Sebab dari standard 1 till form 5 aku duduk bawah ketiak my parent. Asrama pun tak pernah jejak. Camping, school trip bagai tu pernah la, but it just for 2 or 3 days, paling lama 5. Serius. 


Tu la orang cakap. "Belajar berdikari weh. Susah nanti nak gi jauh jauh. Jangan harap ada je orang nak support kau. Kena pandai pandai sendiri jugak. Buat keputusan sendiri. Jaga diri sendiri." Tapi, aku bukan jenis yang tak reti yang nak jaga diri (sometime je merapu sikit......) and jenis anak mak or ayah, berkepit dengan dorg 24hours. It just weh JAUH SANGAT KOT. What if something happen. Tapi dulu aku jugak yang cakap nnt study nak study jejauh la bende la. Tapi skarang? Hahahaha. Cakap je lebih dulu. Bila dah depan hidung. Ha? Terkedu. My mom say, "tunggu result UPU dulu.. Kalau takdapat kita gi ziarah Johor ye dik" Hahaha. Then dapat Form6 aliran sains. WHAT? Nak hadap Chemistry and addmath AGAIN?! How about no? Im not into them serius. Bio aku boleh lagi. Physics aku ok ok lagi. Chemistry mmg aku give up. 


The worst is, KPTM, UniKL, and form6 semua deadline before 9 or 10 May. The hell man, result UPU keluar 4 or 10 may? What if kalau result keluar 10? Why man, macam memaksa je suruh kitaorang masuk sane. T_T Its not even fair. Tak faham ah. and one more, aku punya pilihan kat UPU semua tak ada yang interview. Hahaha. My friend semua ambil asasi tesl kat Uitm yang mmg kena interview, walaupun tu mmg aku nak pilih, tngok tngok ada interview, terus cancel. Lagipun asasi. Aku nak diploma terus. Hahaha. Hal yang paling aku lemah. Interview. Speaking infront of people yang baru jumpa. Cakap depan orang ramai. Aku memang benci benda ni. 


The bad thing about myself yg mmg tak boleh diubah is aku takkan cuba something yang baru yang aku tak suka and aku mmg takboleh buat. Bc aku tahu aku takboleh buat, and why even bother to do it? Orang cakap takde pengalaman la macam tu. Hahaha, why i need pengalaman for something that i dont like? Macam membazir je. Right? Oral English time sekolah pun aku macam bangang, bernasyid ke apa benda ntah aku buat kat depan class tu. That was depan my friend yang slalu jumpa tu? Kalau yang takpernah jumpa taktau la. Haiyo. How to present nnt kat U................. Im dead. 


Act, aku taktahu pun aku nak apa untuk sambung belajar nanti. Hahahaha. i dont even have cita cita. Hahahaha. Tapi dalam kepala otak aku ni ada satu, buat game. Taktahu kenapa aku teringin nak buat benda tu. Then aku bgtahu my dad. Then he said "Dik, hang nak buat game apa? Pilih yang ada masa depan la dik, hang merapu sungguh la. Game adik buat sapa nak main ha?" Then i was like okay. Okay. Ridiculous tahu. Okay know tunggu UPU. Then decide what to choose. Mintak mintak result 4May. Pls keluar 4May. T_T Eh tapi kan kalau kita daftar je cakap nak, then tak pergi boleh kan? Kaaann? pls cakap boleh. Hahaha. Okay enough then. Bye, xoxo 



April 7, 2014

Rasa macam nak update



Hey guys. Update time.

I've reach my dream on sebelum ni punya entry yang nk main tepi pantai. YEAY ME. Thanks to him yg rajin bawa gua ke sanaaaa Heeee. Ternyata berdua lebih baik dari keseorangan apabila di pantai. Hahahaha :p


So.. result SPM. Cukup mengambarkan bagaimana usaha aku sebelum ni. Haha. Okay la dari takde ape. Alhamdulillah. Hahaha time nak ambil tu aku tertengok si Fakhrul punya result. Hes got 2As. Punya la rasa taktau nak buat apa sebab i thought that was mine. Mmg sedih gila sebab semua my friend got 4As above. Tetiba aku dapat 2A je T_T Then makcik yg nak bagi tu tanya nama apa, aku mcm redha jela ckp "tu yang tu la, saya org last" Then dia kata "hat ni lelaki punya.. ish nama apa?" aku lega mmg taktau nak habaq aku bgtahu nama then aku slow slow ke pintu kluar sebab time tu cikgu BM tengah aim nak cari sapa yang takdapat A BM. Hahaha. Tetiba aku dengar "haaa Cik Farhana nak pi mana meh sini! Meh saya tengok" Hahahaha Time tu aku tak tngok lagi pun result. Then dah cikgu dah panggil, tengok jela. Hahaha Alhamdullilah BM got A, takde la aku kena siku dengan dia T_T Then tengah best best peluk dengan kawan kawan, aku dengar pengumuman "ada phone sesiapa yang tertinggal di counter result. Berwarna pink." aku dengar dengar dalam hati cakap -- "Oh shit is that my phone?" sibuk sibuk cari dalam pocket, then "oh okay my phone." Hahahahaha terus lari ke counter, ambil. Nampak? Punya best dapat result sampai lupa phone. Hahaha


So skarang merempat kat rumah. Tido bangun lepak. Macam sebelum ni tak? hahaha Tunggu result UPU and segala yg aku apply. Kalau satu pun takdapat. Erm. Erm. Sambung merempat lah aku. Tak pun sambung swasta. Takpun nak lagi extreme check form6 kalau dapat terus masuk. and yeah. Tengok la nanti macam mana. Aku apply Pendidikan awal kanak kanak and fisioterapi and science. Bawah dari tu semua marapu. Hahaha. Seni kulineri pun aku rembat ambik. Hahaha. Okay what, kalau dapat boleh jadi chef boleh bukak restaurant catering. Hahaha wtv. Abg gua ckp "Alah dok buat teruk fikir apadia adik, slalu dorg tngok yang tiga kat atas ja. bawah bawah tu pandang sebelah mata pun dak" Kalau udah dibilang gitu aku pun pilih jela mane pun.


Erm.. Dah lepas sekolah ni. Dah buat reunion kelas sekali. Kat De'Puh Garden Bandar Perda. Macam biasa, mesti tak cukup orang. Hahaha. Ntah la. Pasai. Nnt 20 tahun lagi buat reunion lagi k. Biar semua dah bercucu cicit angkut cucu cicit pi reunion k. Hahahaha -_- Lepas ni semua dah masuk U confirm lagi busy. Qila sorg je dah dapat Kolej Mara course ape tah engineering kat Beranang Selangor. Yang lain taktahu lagi. Peh serius tak sedia gila nak teruskan apa yang akan aku lalui nanti. Jumpa ke aku kawan yg macam skarang ni? Boleh ke aku gila gila macam sekarang ni? Confirm aku jadi budak nerd je nanti. Hahahaha diam ikut je cakap org. Hahahaha my God. Takpela, asal dapat kawan yg bagus cukup la. Dapat kawan yang tah pape mati aku T_T Mintak mintak dapat sekali dengan orang yg mmg aku dah kenal. Sorg pun cukup ah. Dah la aku jenis yang tak reti nak cari kawan. HELP MEHHH. Dah ah tak larat nak tulis dah. Bye, xoxo 

March 19, 2014

Fix you or fix me? Why not both?



Hey guys. Update time. 

Its 4:27 AM in the morning. Can't sleep. Seriously think i had insomnia disease tahap kritikal. Tomorrow. 20 March 2014. Result Sijil Pelajaran Malaysia akan di-release-kan. Aku nervous. Tak tipu. Walaupun aku cakap aku dah tak kisah what will aku dapat. But when its come about my family, think about my family, HAHAHAHAHAAHAHAHAHA damnit hati aku pecah berkecai-kecai, even gam gajah ke gam kasut ke gam uhu ke mmg tak boleh nak glued it back. Yes, i had a late night conversation with my BFFs yesterday. I love them. Forever. And yup. I know my mistake. Being too "nice". But i cant fix it. I dont have any option anymore. Im just gonna flow with it till the end. 

Im sorry. Bye, xoxo 

March 12, 2014

because i can




Hey guys. Update time.


Dia rasa nak update tp yeah like usual, no idea. So it goes random. Apa terlintas dalam kepala kita tulis. Hee :3 Tak lawa la tulisan ni. Kecik sangat. Nak baca pun jenuh kena kecilkan mata. -_- kan? Tapi macam okay. Biar ah.



Erm.. So yeah.. 20 March result and aku jujurnya cakap, aku dah macam tak kisah apa result aku nak kluar nanti. Sebab aku tahu aku buat tak elok and simpan harapan tinggi menggunung melangit buat apa kan? At last akan berkecai centu je. Buat sakit hati. Sakit otak. Tapi dah macam loser pulak ah. Ah let it go. and yang paling benci bila dah tak nak ambil kisah, mula la macam macam thought berlari lari dalam kepala, nnt aku nak masuk mana, nak jadi apa, nak makan apa. lol ni sebab dia aku tak suka berfikir. Hahahaha. Kang fikir banyak merapu je banyak. Negative thought. 

Next. Dah 3bulan lebih duk rumah. Serius bosan. Ah dulu sebelum habis sekolah ade je nak buat benda. Ade je hal yang kena urus. Tapi bila dah free like this? Tak cukup 7bulan lagipun dah takde rasa nak buat apa. Duh. Tu la cikgu cakap sebelum 3bulan lagi nak SPM "la ni hampa study la dulu, lagi 3bulan ja, lepas ni 7bulan hampa boleh main bersembang buat apa pun boleh, sekarang ni tumpu perhatian SPM dulu" hahahaha duh dalam kepala otak aku suara C. Suyamin, perbuatan dia semua terbayang. Hahaha. Adakah ini tanda aku rindu sekolah tu? Hahahahaha tidak. Yes aku rindu. Bukan sekolah. But its atmosphere. :') okay. bye.

Next. Picture up there. Huaaa nak pantai. Nak ice cream tepi pantai. Nak jalan jalan tepi pantai. Nak sentuh sentuh air ombak. Nak rasa angin pantai. Nak lari bila air datang kat kita. Nak semuaa nak semua yang boleh dibuat dipantai :( Sedihnya. Weh bestnya kalau kat tepi pantai. Tetambah kalau sorg sorg. Duk atas batu then baca novel, buat pulak scene dalam novel tu scene tepi pantai. oh  my life. Kdah. Lama tak berdamping dengan pantai. Last.. time sambut birthday. Eh? birthday sapa? Oh birthday mursyid. Lol kenapa kalau aku type birthday hujan cake tak turun kat sini. Hahahaha. Kau pikir ini wechat?

Next. Apa aku nak merapu lagi. Tengok nak merapu pun dah takdak idea? Nampak sangat kehidupan lepas SPM ni sumpah bosan. Kerja. Uhm, rasanya lagi bosan and penat. Tapi dapat duit. Tapi penat. Tapi ahhh kisah pulak. Biarkan. Movie pun takdak movie yang best. Kalau tidak, time aku SPM tu kalau boleh dia nak buh semua semua yang best. -_- Tahun ni ada movie best, bukan tak ada tapi lambat lagi tarikh release-nya . Elok nnt aku dah busy. Dah takde free time macam ni. Eceh busy apa kebende ntah. Result pun ntah pape. Hahahaha hahaha haha ha ha.... 

Next. Yeap lesen kereta is on the way to me. Muahahaha. Awal bulan 4 ni latihan 8jam tu. Then JPJ test. Then yeay my lesen. Yeaaay. But... "ish aku risau sungguh la hang nak bawak kereta" "satgi hang langgaq orang macam mana" "hang boleh ka bawak kereta ni?" hahahaha bukan orang tak risau. Even rasanya kaki ni tak sampai pun nak tekan clutch bagi habis. Hahahaha serius. Tapi ntah la? Nanti apa apa senang. Takyah tunggu orang dah. Takyah susahkan orang. Memandangkan ayah suka keluar merata. Takdak rumah seminggu dua. Kalau ada emergency, takde driver lain, at least orang yg pendek ni ada. Senang. Boleh la jugak tolong tolong. Hahaha. ok ayat pasrah tahap 6. 

Next. #prayforMH370. Dah 5hari. Erm. May their family their friend keep on stay strong and for sure we must keep praying for them to come back. Come back safely. Hopefully. May Allah ease everything. :') Amin. Bye, xoxo 

February 18, 2014

Result SPM





Hey guys. Update time.

So.. yeah lets talk about SPM RESULT. At last, baru skarang aku nak bercakap about result. Before this i just cant bila dengar pasal result. Tak kisah la sapa pun sebut pasal tu mesti aku buat muka sedih then ckp "eh bodo la aku mesti tak dak A punya. serious talk" then aku blah menyambung kesedihan keseorangan. Weh serious rasa nak penampar diri sendiri gila. Aku baru sedar. Haha its too late Hana.

Then fikir fikir balik, takpe banyak lagi cara lain untuk berjaya. SPM bukan tiket sepenuhnya untuk berjaya. Eceh mcm sengal, padahal dulu ckp SPM la paling penting la pebenda la bla bla bla la. EH pening ah mcm ni en. Pening ah tolong ah. :/ Tak suka ah hard feeling cenni. Tadi scroll ntah sapa punya blog. Shes 18y/o just like me. Takut nak tunggu SPM jugak. Tp dia like weh cool ah. Ahhhh boleh la cool org pandai. Result trial dia pun 5A. Hahahahahaa takpelakan pandaikan nakbuatcannekan erm kan kan. Aku? Apa ada? Haih. 

Yang paling aku benci sekali nak fikir apa tahu tak? Fikir subject apa yang aku MUNGKIN dapat A. You know what? I DONT EVEN FREAKING KNOW THE ANSWER. What subject that i  target to get A? Satu pun aku tak dapat target. Sebab semua mmg mcm bodo. Aku tahu. Sebab aku yg buat. I told this to my sister, then she said "alah nnt mesti ada A gak, takkan satu dua A pun hg takleh dapat? BM? BI? Agama?" then i was like -- no. then i walked away, do something that make me happy and forget about it. Then till now baru aku nak fikir. Sebab aku tahu time flies fast. Dah tak lama pun nak tunggu hari dapat result tu. I must think about my future. Kalau result tak elok what should i do, kalau elok nak buat apa. Serius letih? Haha tahu tak letih? LETIH. *sigh*

Then aku fikir lagi. Dah ah tak pandai. Masak pun tak reti. Dah kenapa tetiba. Hahahahahaha weh like seriously, dapat result spm ni aku takkan bukak dah internet 2bulan. serius tak tipu. Phone aku, mak aku, ayah aku, kakak aku, abg aku semua aku nak offkan. Rumah aku pun aku nak tutup guna kain biar tak nampak. Kalau boleh aku nak hilang. Hilang terus. Sebab aku tahu, result aku tak akan bagus. Aku malu. Aku kesian kat family aku. Kesian kat orang yg taruh harapan kat aku. Weh payah la cenni. Boleh tak, when that day come, nobody sibuk tanya "weh hg dapat berapa A weh" "weh okay tak result" "weh canne result hg" "haa dapat berapa A" "Hows ur result" "haaaa anak hg macam mana?" "Eh anak hg spm kan? Haa mcm mana result?" Aku just nak ambik result then blah then bersemadi atas katil aku bersama kertas result tu. I just wanna time. To be alone. 

Then aku fikir lagi, mana my parent nak letak muka kalau result aku mcm org tak belajar langsung??????? Haha its too late to think like that. Bc yeah, nasi dah jadi bubur. Bukan jadi bubur je, segala jenis bacteria dah berkampung dalam bubur tu. Serius kalau result aku 5A kebawah, aku nak masuk Form6. Serius. Aku nk struggle hard. Tp aku takut, benda ni jadi balik. Aku tak struggle pun. Aku akan main main. Aku takkan study hard. Buat rugi je 2tahun. Dah la STPM is the hardest. Blergh. Tapi kalau tak? Aku nak buat apa? Menayang muka dekat rumah? Lagi sedih hadap muka parent yg kecewa dengan kita. WHAT SHOUD I DO. -.-' 

UPU dah isi. My mom face looks very happy bila aku isi benda alah tu, dalam hati aku "kesian mak......... dia tak tahu ke anak dia ni tak pandai, bangang, malas. Result nnt mest macam ntahpape." Then i said to her, "Dah la mak, nnt pulak ah isi. Mak gi ah makan dulu, ayah dah nak pi tu" kebetulan dorg nak gi makan. Tak sanggup aku tengok mak centu. Macam menaruh harapan gila. Im sorry mak. Really sorry. again.. sigh....... i wish i can just undo what i've done. Only if i know this would be happen in future. But i think i already know what will happen in future, before. But I.. ergh aku just take it easy. Too easy. Bye, xoxo 






February 7, 2014

My nephew and niece / My Lovers


So... Hi everybody. Its update timeeee. Hows life guys? Hihihi. Gambar kat atas. Rindu. Rindu sangat. T_T Nampak cantik je. Padahal kat Tasik Kulim tu je ha. Hahaha. Weh rindu sekolah. :'( No i mean bukan 'sekolah' tapi kawan kawan. Suasana kelas. Riuh kelas. Sembang like a boss dlm kelas. Cari geng tak siap kerja sekolah. Bla bla. Pasai. Dah habis sekolah pun. Bukan dapat undurkan masa balik. Hehe. So..Harini nak cerita pasai anak anak saudara gua. Yeaaaaay. My love, my sunshine, my live, my whatever. 



Rayyan Hakimi ;
Nephew sulung. Abg kepada tiga ni. Tp perangai... mcm dia lah paling kecik. Dengan adik dia pun berebut mainan T_T mangsa buli Aishy. Aishy angkat tangan je terus dia tutup kepala dia. Padahal aishy nak garu kepala. Hahaha. Kesian pun ada. Tapi kerja tukang report mmg bg kat dia. Adik dia main bedak, aishya buka peti ais. Hahaha time dia nk suruh kita bg mandi dia paling thrill. Acu jom la nayyan nk mandi ni. Selang 30saat dia duk ulang hat tu smpai kita bg mandi dia T_T


Displaying IMG_20140308_164310.jpg


'Aishybahri ar-rayyan ;
Good boy. Tapi bila kita duk best main comp, dia mai serendeh buat manja bisik abc mmg hg automatik have to open it. Kalau tak mmg runtuh rumah dengar dia jerit. Takpun tangan hang jadi mangsa gigitan dia. Tak suka kat adik dia. Adik dia, dia lempang dia tampar mcm tu ja. Tp kalau adik Rayyan, siap dia peluk cium sayang haaaa. Gigit pun tak pernah. Aku sampai lebam dia gigit. Kesan dia pun duk ada lg tak hilang hilang. Sedih. Mmg manja gila dengan wan dia. Wan dia nak pi mana pun takboleh. Kena bawak dia. Dengar je enjin kereta wan dia bunyi dia dah siap meraung kat depan pintu nak ikut. Tapi kalau mak dia kluar harems dia tak heran. Siap dia byebye and tutupkan pintu lagi ha.


Ainur 'Aishybisyri Ar - Raudhah ;
Hahaha budak masam ni. Paling brutal antara empat empat ni. Perangai macam lelaki. Mmg hardcore. Hang jerit la kat dia macam mana pun jangan duk bukak tutup peti ais tu, dia buat jugak smpai mak dia kluar tarik telinga dia. Tapi 5min lepas tu tengok dah ada depan pintu peti ais smbil jerit seeejuuukk. T_T Hang tampar la dia cubit ke macam mana pun dia takkan menangis. Eh tp kalau ibu dia marah dia tinggal dia, dia nangis la. Takpun abg dia taboh dia gigit dia. Mmg meraung kuat. Then lari terkedek kedek gi bilik mak dia smbil ckp abg buaaaattt. Hahahahahaha. Tapi pelukkan dia mmg best. Memang rasa gila dia peluk. Tapi pelukkan dia limited edition, kadang kadang je boleh dapat. Sedih oooooooo T_T 




Tiesha Ivy Rayyana ; 
Adik kepada si Rayyan. Paling kecik. Kecik kecik cili padi. T_T letih aku sebulan jaga dia. Suruh org dukung dia and menangis bebai mmg hobi fav dia. Dia boleh nangis dari pagi smpai malam kalau org tak dukung dia. Tapi senang jugak la jaga dia ni. Part payah tang mintak dukung tu ja. Yang lain gooood. Eh satu lagi. Kalau nak tidur, pillow dia mesti ada kat hidung dia and mulut dia. Haritu pillow dia basuh, tak kering. Dia boleh jerit tepi telinga aku pilllooww pilllowwwww. Rasa nk stab diri sndiri seratus kali. Dah la time tu mngantuk tahap nak meletup. T_T


(I LOVE YOU)  IS THE HARDEST THING TO SAY WHEN ITS COMES TO YOUR FAMILY.


Aku harap dorg baca ni time dorg besar nnt. Hahahahahaaha biar dorg tahu acu dorg syg dorg. Acu malu nk terus terang face to face :'> Macam mana pun perangai korang. Apa hampa buat kat acu. Gigit ke tampar ke jerit tepi telinga ke degil tahap nk meletup ke. Acu tetap sayang hampa sampai acu mati. Tapi kalau aku dah ada anak nnt pasai kat hampa. Hahahaha eceh takde ah, korang tetap di hati cuma kurang la kan. hmm. kan. Hahhahaaha :p And mungkin pada yang akan datang, heeeee acu dah siapkan tempat kalian di hati acuuu. Eceh, muah muah. Weh nampak tak sifat mak sedara yg patut dicontohi ni? Hahahaaha korang la penyeri hidup acu, sunshine dlm hidup acu. Love u'all till Jannah. Bye, xoxo