Showing posts with label Kolej sains kesihatan bersekutu. Show all posts
Showing posts with label Kolej sains kesihatan bersekutu. Show all posts

August 31, 2017

♥ Syllabus Penolong Pegawai Farmasi.


Yeay tumpang aku free malam ni, walaupun assignment boleh tahan meninggi atas meja tu. Takpe, lek jup. Kalut kalut nak pi mana? Meh sini rapat rapat, aku cerita bab subject subject yang aku or korg yg bakal masuk sini akan hadapi time ambil Diploma in Pharmacy ni. 

Take note, this syllabus might be different dengan university university lain. Ade sorang kawan aku, dia dah pernah masuk diploma farmasi ni dekat Uni lain, dia kata syllabus dia lain sikit. Like biology and chemistry, dekat Uni dia, dorg campurkan skali jadi Biochem. Tapi kat sini, KSKBSAS, nope, you'll have both. Biology and Chemistry. Tapi untuk semester satu and dua je, nanti dah naik semester seterusnya, dah takde. 

So yup, here aku listkan subject-subject yang korang akan hadap di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, course untuk Penolong Pegawai Farmasi. From semester 1 until 6. Ha ni dia berkat aku fokus dalam taklimat sebelum mula sesi pembelajaran haritu. Kahkah. But this one valid till 2018 ja ok. After that year i did not if they change the syllabus or adjust something. Tapi this one yang aku hadap dari 2016-2018.

SEMESTER 1
1. farmaseutik 1
2. farmaseutik 2
3. kimia asas 1
4. biologi asas 1
5. Fisiologi asas
6. Mathematic (Addmath form4 & 5)
7. English (takde exam)
End semester : Vacation posting(practical) - one week : klinik

SEMESTER 2
1. Kimia asas 2
2. Farmakologi 1
3. Farmakologi 2
4. Farmaseutik 3
5. Sains Tingkahlaku
6. Amalan farmasi
7. Mikrobiologi asas
8. English (takde exam)
End semester : Vacation posting(practical) - two weeks : hospital

SEMESTER 3
1. Farmaseutik 4
2. Farmaseutik 5
3. Farmakologi 3
4. Farmakologi 4
5. Farmakologi 5
6. Kaedah penyelidikan
7. Kemahiran teknologi farmasi
8. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
9. English

SEMESTER 4 (POSTING) read practical😂
1. Amalan farmasi 1 (pesakit luar)
2. Amalan farmasi 2 ( praktis farmaseutik, klinikal & stor)

SEMESTER 5 (POSTING) read practical😂
1. Amalan farmasi 3 (pesakit dalam)
2. Amalan farmasi 4 (klinik kesihatan)

SEMESTER 6 (masuk kolej balik)
1. Pengurusan Am
2. Analisis Kimia farmaseutik
3. Kaedah penyelidikkan 2
4. Pengenalan mikrobiologi farmasi
5. pembangunan dan kesihatan

Korang akan belajar semua subject di atas guna Bahasa Melayu. T_T Untuk aku, its quite hard, sebab aku dari darjah 1 pakai English. Bila masuk je term malay, slalu aku suruh lect translate jadi english. Then baru aku boleh recall balik. Kahkah. Ade jugak in dorg ajar in english, in notes bercampur BM, BI. Even buku rujukan yang dibeli and dekat perpustakaan pun banyak dalam English. Dont worry. Bajet mat salleh eh korg. Haha. and one more, if korg takde basic pure science tu kena struggle sikit la. Kena rajin tanya. Tanya kawan kawan yang dah ade basic tu. Tapi aku rasa, boleh je kut korg score kalau betul betul give attention in class. Lect takde la ajar laju sangat and takde la ajar slow sangat. Ok ok je! Yeay! 

so, aku and korg akan go through dua exam in every semester. Satu pertengahan, and one more final. Markah dia ada terbahagi kepada percent percent. Aku malas nk cerita detail nak mampus kat sini. Tapi, untuk English, walaupun takde exam, korg tetap kena lulus. Markah dia untuk nak lulus tu, based on pemerhatian dalam class, contohnya macam marks korang for presentation, or assignment and so on. Weeee, So i hope this will help someone! Hehe ^^ See you when i see you. Adios. 

-UPDATE-
Nama kolej tu skarang dah jadi ILKKMSAS
Institus Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah.
syllabus for diploma farmasi i didn't know dah bertukar ke macam mana. this one based on my pengalaman 2016-2018. But yeah, you can roughly dapat bayangan la at least sebelum join alam diploma farmasi kt situ kan? ok thank you bye. 
 Yes, im your senior. Batch Rx8.  ╮( ˘ 、 ˘ )╭

January 22, 2016

♥ New place.

missing myboy T_T

Yeay it almost a month im here, in Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. (KSKBSAS). Hehe. Boleh tahan la. First first je rasa macam semak sikit, then lama lama dah boleh adapt. About my orientation, its a good thing! lol first time aku cakap orientasi ni benda bagus. lol. Aku pun still contact with my first group ever since being here. Even group whatsapp kitaorang pun still active. Kahkah. Group aku nama ActiveFast. Lol. Group aku terdiri dari pelbagai peringkat umur. Haha. 25tahun ada 23 ada 20 ada 18 pun ada! Nasib aku golongan pertengahan. Even berbeza umur, kitaorg tak pernah pun beza bezakan, ko muda ke ko tua ke, kitaorang bersembang pun main "aku hg kau ko" je. Takde la ber kak adik abang bagai. Yeay! Baru la tak awkward kan? Haha


So i must say being here is not bad at all. Nothing make me sad. Nothing goes wrong. So far so good? Very good i guess? Tapi, takboleh lari dari perasaan takut, sebab dengar-dengar je taklimat bab rules, terus cuak. Quite strict. T_T Berbeza gila dengan UiTM. Tapi, takpelah nak buat macam mana. Mana tahu by this way, boleh ubah diri aku yang tak berguna ni? Kahkah. Masa assembly bulanan haritu, ada anugerah untuk pelajar cemerlang. Peh, senior senior pharmacist 20 orang deans list. T_T Tujuh orang 4flat. Sumpah rasa semangat terus nk bagi dapat deans list jugak. T_T Doakan aku.


Weeee im happy being here ^^ tak sabar nak naik naik dan naik sem! Nak posting! Nak segalanya! Im so eksaited lol. Jangan eksaited sangat Hana, nanti ade la tu benda tak kena. kehkeh. Takpa pray for the best, kita hanya merancang. Yang lebih mengetahui uruskan segalanya. My class ada hundred lebih student. 111, i guess? lucky number lol. Mula mula tu mmg payah jugak la nak hafal nama, muka setiap sorg. Kahkah. Tapi its ok, slow slow, time by time nnt ingat jugak semua orang. Orang borneo ramai jugak dalam class aku. 1/4 mungkin? Dengar dorang bersembang mmg best. Walaupun tak faham apa. Kahkah. 

Tu je kut aku nak cerita. Nanti ada masa aku update pasai my study. Subject dia macam mana. huhu. moh le berkongsi cerita. Sebab aku sebelum nak masuk sini, aku search bab penolong pegawai farmasi ni, tapi takbanyak pun info. Ada satu dua blog je yang cerita. Takpe, meh aku jadi orang ketiga yang cerita pasal course ni. Hehehe ^^ adios.