December 29, 2015

♥ Birth date anda!

I just love the ideas of bohemian. Their style, their outfits, their soul. Its just fits into mylife. My soul. They too damn deep in their own world. They totally inlove with nature, with baggy loose shirt, with knitting shirt.The bracelet they wore. Their shoes. Oh god, it just so ME. I really really love their freaking life! Most of them are writers, or an artist. 

Apeke terbabas pi cerita pasal boho pulak ni? Hahaha ok back to the topic. Tadi roommate aku send ni kat whatsapp. Kehkeh. Cerita about us based on our birth date. Aku tahu tak baik nak percaya sangat benda benda macam ni. Tapi hey its just for fun. Lagipun apa yang dia cerita ni, ade jugak sikit sikit betulnya. Even aku tengok untuk kawan aku pun, weh sama kut perangai dia dengan apa yang benda ni cerita. I think, dorg dah buat kajian sebelum tulis benda benda ni. Kalau tak, weh how come boleh sama?! Adakah ini semua kebetulan semata-mata? Bukan nak kata 100% betul, ada jugak yang salahnya. Tapi weh ade gak yang betul. Kira terror la weh. Kahkah. Aku bernumber 3. Kehkeh, most of it betul. Kuat agama tu macam kureng la sikit. Lol sebab aku masih terkial kial mencari Tuhan. Doakan aku. :) 

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1.
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2.
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3.
Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4.
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5.
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6.
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7.
Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8.
Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9.

Number.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. 
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Number.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. 
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Number.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. 
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Number.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Number.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. 
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Number.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Number.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 
Pasangan ideal anda adalah no..2.

Number.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Number.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. 
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Kahkahkah, saje nak share dengan korang. Sebab share is caring! kehkeh. Aku suka benda-benda macam ni. Benda yang buat aku tau siapa diri aku. Benda yang boleh buat aku fikir tentang diri aku. Benda yang boleh tunjukkan apa kelemahan aku. hehehe. Its fun to know it! Kehkeh. Sape yang dah baca benda ni sebelum ni, shhhhh duk senyap senyap sambil tekan comment, and comment your number. Siapa yang belum.... silalah excited bila perangai awak, sama dengan apa yang dicerita and let me know whats your number! Hehehehe adios. ^^

♥ Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join*

Tag rakan : syadiya
Nama panggilan dalam blog : Hana
Tempoh pengalaman berblogging : five years? ( + - )

December 27, 2015

♥ Unexpected Feeling. (part 2)


** Sambungan Unexpected Feeling **
** Dinasihatkan baca ⬆⬆⬆⬆ dulu baru baca ⬇⬇⬇⬇ **

New year, kami form4 (2012). Aku and dia, dah terpisah class. Dia budak pandai kaaaaaan, so dia dapat masuk kelas first balik, and aku still di class no 2. Pastu awal tahun tu dia duk kacau kacau aku, dia kata nak jadi boyfriend aku. kahkahkah. Sumpah penat gila melayan dia, sampai aku pun tersuka kat dia T_T Dia jenis takreti putus asa. Aku ignore dia, aku buat muka meluat, semualah aku buat T_T tapi still dia duk kacau jugak. Taktau la aku, semua laki mcm tu la kut kalau nak dapatkan girlfriend? Kehkeh lepas tu, aku pun couple dengan dia. Dalam akhir bulan 3 or awal bulan 4 maybe? Macam tu la.  

Dia bgtahu aku quote dia yang dia guna sepanjang dia hidup "Once you broke my heart, you'll never get it back." Aku pun ha ok. Then lepas dua minggu. Kahkahkah, benda paling lawak dalam hidup aku yang pernah terjadi, dia mintak clash. HAHAHAHAHAHHA time tu aku mcm, weh ape doh? weh kau kenape doh? Kau ok tak doh? Baru dua minggu doh? bodoh doh. The silly-est alasan nak clash pernah aku dengar, dia bagi kat aku. Hahahahahaha. Ada satu entry marah aku buat kat sini sebab dia buat aku mcm tu, pandai pandai la korg cari. Kehkeh. Pastu mmg aku completely lari dari dia. Aku mmg ignore dia terus. Lepas sebulan kut? Pihak sekolah suruh aku dengan kawan kawan aku, pindah class. 

Nak tahu pindah class mana? Class first. K. Aku macam peh, pedia ni cikgu pedia ni pediaaaaaa. Cikgu suruh pindah sebab class first banyak lelaki and just ada sorang perempuan, which is yang taklama lagi dia akan pindah sekolah. T_T kami like, weh kita orang dah selesa dalam class ni, suruh pindah class baru pulak. Class yang ada orang dibenci pulak? Semua dalam class first tu semua lelaki yg kami tak suka. Bukan tak suka la, more like kurang baik. Macam tak ngam la, ha senang. Tapi dah keputusan cikgu muktamad, aku dengan 6 orang kawan aku lagi pindah masuk kelas baru ni ha....

Awkward tu taktau nak habaq la weh. Memang perempuan sunyi gila nak mampus, buat hal sendiri, sembang sendiri sendiri, buat macam budak lelaki tak wujud. Kehkeh. kadang kadang je dengar suara suara halus gelak time budak lelaki buat lawak. Tu pun lepas gelak, cepuk mulut menyesal sebab gelak. Hahahaha macam protest la kononnya. Then dah lama lama, mula la ok sikit. Duduk class skali kut, kena marah sama sama, kena bebel sama sama, jalan gi makmal sama sama, mana tak jadi baik. Kan? 

Tapi aku and my geng still tak suka dia. Sebab dia lah budak yang paling tak serious dalam class tu. Kalau ada time je mesti kutuk dia. Aku pun join sekali kutuk walaupun dalam hati tak sampai hati, sebab weh aku still suka dia kut? Tapi dah dia buat aku macam tu? Hmmmm... and kawan kawan aku, sorang pun tak tahu aku pernah couple dengan dia. Dorang kutuk mmg kaw kaw ah, sakit jugak hati aku time tu. Kahkahkah.

Pastu, till one day. Dia message aku balik....... 

wait for Unexpected Feeling part 3.  Adios~

♥ Mission 2K16.


Okay, this entry is for my future. So, its only four days left for 2016. A new chapter. A new life. A new place. A new friend. A new environment. A new me. I hope. Aku taktahu kenapa, but i really really feel confident for this upcoming new year. Confident apa? Ntah la. Rasa confident gila nak menghadap benda baru. Aku betul betul berharap 2016 dapat membantu aku untuk membawa diri aku kearah yang lebih baik. Aku tak pernah ada perasaan ni sepanjang aku hidup 19 tahun ni. Kahkah. 

New year tahun tahun lepas hampes je. Feel nothing. Betul betul 00:00 je terus send whatsapp, send massage Happy New Year *smile face* *firework* *firework* *balloon* *smile face* *smile face* Close new chapter, open a new one. Lol. Smile face banyak, padahal muka ketat je tunggu orang tak reply balik. Kahkah. Nasihat orang to open new chapter lah sangat, tapi kita tu still dengan perangai tahun lepas. Kehkeh. Tapi not this year. Not for 2016. I will make sure 2016 will be my year. Year of my turning point. Theres a lot of thing that i want to improve in 2016. Theres a lot of new good intention need to be done. Aku dah habis fikir, untuk hapuskan segala azam aku tahun tahun lepas. Sebab i dont even remember satu pun dari azam azam aku yang lepas. Kahkahkah. Ataupun boleh jadi, aku tak ada langsung azam. lol. Tengok la betapa hampesnya hidup aku sebelum ni. 

Aku mmg kena berubah. T_T So my azam tahun depan will be "Aku kena berubah" Ok? ok. Satu je. Tapi satu tu merangkumi seluruh aspek. Wuish berat tu. Takpe, you can do it Hana. Believe in your self! Kita kena selalu cuba untuk kearah yang lebih baik. We have to try. Kalau tak try, maknanya kita dah failed. Kalau dah try, berhasil or tak, itu belakang cerita. Yang penting kena try. Janji cuba. Ok? ok. Macam cerita mission impossible. Aku slalu berperang dengan diri sendiri. Alah taklogik cerita ni. Tak logik. Tapi lepas aku kena beleter dua tiga das, and lepas berfikir sejenak. Baru aku sedar, try is the key.

Haritu masa lepas aku tngok Mission Imposible yang latest tu, aku cakap kat bf aku, "alah taklogik la cerita ni. Memang taklogik gila la. Tu semua nasib dia je. Nasib dia baik, dia terselamat la. Lagipun Hero, takkan dorg nak buat dia mati" Pastu dia reply "Hang ni la ish, mmg la lakonan. Cuba hg tengok at the bright side. Dorg buat cerita bukan suruh untuk cari kelemahan, dorg buat cerita untuk cari pengajaran, and a little bit of entertainment. Think outside the box, at least dia cuba untuk hidup, cuba untuk selesai kan mission dia dengan sedaya upaya dia.  Dia try hard tak kira apa pun dia punya risiko. Ha tu yang orang nak. Bukan tahu condemn je" sambil ketuk kepala aku. T_T Dah la kena beleter panjang lebar, kena ketuk pulak. Hmmmm. 

kbye nak makan lapar. adios. 
December 25, 2015

♥ I'm home!


Yeay, setelah beberapa hari hilang di kota-yang-tak-pernah-tidur, Kuala Lumpur. Im back! Hehe. Aku pergi bercuti sana. Bukan bercuti sangat la, jalan jalan je. Pergi pun tempat yang cliché gila kt KL tu. Naik bosan pun ade. Tapi ok je, sebab ade je benda baru yang dorang tambah-tambahkan. First place that aku pergi Zoo Negara! Guess what? this is the second time aku masuk Zoo negara. First time aku time aku 9tahun mungkin? Ha aku pun dah tak ingat. Seingat ingat aku, dulu aku pergi, tepi tepi dia still penuh dengan hutan. Taktahu la betul ke tidak memory aku ni. Hahaha. 10 tahun dah weh tak jejak kaki kat sini. Kehkeh. Masuk sini, semangat kena kuat. Hahahaha Sapa tak tahan panas taktahu la. Kalau untuk baby lagi kesian T_T Pakaikan la topi or payung ke, yg penting bawak kipas. Ala kipas comel je, takpayah bawak kipas stand kat rumah tu pulak. T_T Kalau nak naik Trem, macam train tu, kena bayar. Senang sikit for babies. Tak de la panas sangat, and berangin je. Tapi aku prefer walk. Boleh exercise. Hehe.

Tapi lepas korg berpanas-panasan, boleh je lepak dalam tempat panda. Sejuk weh. Nyaman je. Best gila. Jeles pulak aku dengan panda ni. Hehehehe. Jumpa Fu Wa(male) and Feng Yi(female)! Atau nama Malaysianya, Xing Xing(male) dan Liang Liang(female). (aku tak suka nama Malaysia dorg, sebab tak berapa nk sedap) Kehkeh. Tapi time aku pergi tu, ade Fu Wa je. Feng Yi mungkin tengah susukan anak dia kat blakang. Kehkeh. Aku sempat tangkap gambar satu je Fu Wa tunjuk muka, yang lain semua dia sorokkan muka belakang batu. Sebab anak sedara aku yang berumur 2tahun lebih menunjukkan ke-eksaited-an dia dengan menjerit T_T Mungkin dia seronok sebab bergema, last last mak dia lari bawak dia keluar. Dalam tempat panda tu korang tak boleh bising. Sebab pendengaran panda sangat sensitive. Sedih gila Fu Wa tutup muka dia. T_T Tak sempat selfie. Hmmm. 

Satu lagi, kalau nak tengok baby panda, korang kena pergi tempat panda ni pukul 2:30pm - 3:30pm. Time tu je dorg put the baby on display. Aku pergi pukul 4lebih, takde pun baby T_T Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Balik tu bukak instagram Zoo Negara, baru tahu ade time dorg show the baby. Menyesal gila rasa tak masuk awal. Huaaaaaa. and one more, kalau nak pergi Zoo Negara, better pergi seawal dorg bukak tu, pukul 09:00am. Sebab nanti korg boleh follow dorg punya schedule. Feeding time and animal show. Tapi time aku pergi,  tempat animal show tu dorg renovate, dorang relocated dekat Kids punya tempat, kecik je. Animal dorang show pun tak banyak. Duration pun kejap je. Tak best weh. Pergi le nanti time dorang dah siap renovate. Ok? hehe. Entrance fee dia, Zoo sahaja, RM32 for adult, and RM11 for kids. Kalau nak masuk panda, RM54 for adults, RM22 for kids. So aku masuk, dua dua jadi RM86 untuk seorang adult. Hehe. Tapi abg aku dapat coupon discount from mane tah. So dapat dikurangkan lagi. So sebelum nk gi, cari la discount coupon kat mane mane k? :p

Next day, kak aku plan nak pergi Bukit Tinggi, Pahang. Fuh tempat dia aku tengok dalam Google cantik gila T_T Tak sabar gila nak pergi. Tiba tiba kak aku cancel. Kecewa dia hanya Tuhan yang tahu. Takpe, nanti aku gi honeymoon sana. Kehkeh. Ntah la cancel sebab apa, mungkin tak cukup masa. Reschedule,  kitaorang pergi Aquaria, pergi sini pun kena tengok time. Boleh join dorg punya activities. >refer here for feeding time< Kalau tak, rasa macam jalan kosong je taktahu pape. Tak best weh! Aku pergi haritu, dorang feed piranha, and otter and boleh bagi makan ikan dalam kolam tu sendiri. Tapi kena beli makanan dorg sediakan, RM3 tak silap? Ntah la, ni pun aku dengar announcement je, sebab kitaorang dah terlajak, so malas nak patah balik. Kehkeh. Masuk sini, RM46 adults, RM35 for kids. Ni pun abg aku dapat discount from Aeon, discount 10%. Hehe.

Then lepas tu gi Ikea. That was my first time masuk Ikea T_T oh god, best namatey. Masuk je terus dalam kepala cakap "nanti aku ade rumah aku nak datang sini beli semua" "omg cutenya, nanti ada rumah aku beli ni" "nanti ada rumah aku beli ni" Semuanya ada dalam ni! T_T Rasa nak tidur je sini. Kahkahkah. Pastu i try dia punya meatball, erm rasa dia tak la sesedap yang disangka. Aku ingat kesedapan dia boleh la change aku punya selera yang tak makan segala jenis ball, tak kira la meatball ke fishball ke fishcake ke. Tapi rasa dia taksedap mana pun. Aku pelik jugak ramai yang duk post kat instagram. Macam dorg happy gila dapat makan meatball tu. Kenapa ye? Maybe sedap, disebabkan aku bukan fans of all type of ball. Jadi tak sedap. kehkeh. 

Okay tu je kut nak kongsi. Act banyak lagi tempat lain. Tapi entry ni pun dah panjang. I bet orang takkan baca kalau entry pepanjang. Sebab kalau aku sendiri pun kalau nak baca entry panjang-panjang memang idok le. So i'll stop here! Hehe. So entry ni bukan entry berbayar sebab promote dorg punya tempat. Kehkeh ni dengan rela hati aku promote. I think my jalan jalan kali ni lebih kepada jalan jalan untuk kanak kanak T_T Penat weh jaga dorg. Rasa nak pecah kaki ni ha time kejar dorg kat Zoo. Dah la 5orang semuanya. Sorg ni nak dukung tak larat jalan, sorg ni asyik nk pergi kedai souvenir, sorg ni nak lari, sorg ni nak jalan, padahal jalan pun tak reti lagi T_T ha tu la perangai anak sedara aku semua. kbye nak tidur seminggu untuk recharge. kehkeh. adios.

Kiri gambar aku kat Ikea and kanan tu gambar Fu Wa bersantai sebelum ketakutan dengar anak sedara aku menjerit. Kahkah.
December 24, 2015

♥ Blog Review by Beeha Azman for Top Referral

(click banner ^ untuk join)

Hai, segmen again. Hehehehehehe. Hai Beeha saya join ni :p saya dah follow semua instruction. Hope im lucky enough to win! Hadiah dia seperti yang tersedia maklum di banner, blog review! Hehe. Bukan senang orang nak promote, nak comment pasal blog kita. kan? Harap harap la saya terseranai dalam 3 orang top referel tu!!! Korg yang dah buka entry ni tu, tolong la join ye. Nak join click 3 4 5 kali banner atas tu ok? Yang taknak join pun wajib click 2 3 4 kali banner atas ni. Ok? Ok. Kehkeh. Goodluck untuk semua yang join. Adios.

Tarikh tamat : 15 January 2016
Tag : Adriana
December 19, 2015

♥ Not so private blog.


Siapa Zayn's kipas-susah-mati here angkat tangan!!!! lol :p Oh god why handsome sangat ni? I've been there since x-factor. Heart break teruk time zayn leaving. Tapi takpe, i think solo lagi best. Takyah nak serabut nak fangirling kat Harry ke Zayn. Kahkah. Dulu time teruk gila minat kat dorg, I even have their fan account on twitter. Tapi dorg takde follow aku pun :( The Wanted ade la. Hmm taknak The Wanted, nak One Direction. Dah kenapa cerita pasal 1D ni? K dah. Bye. 

Hari ni aku nak cerita kenapa aku change this blog address. Semua orang yang ada blog mesti ada perasaan ni taksuka bila kawan or family or sapa sapa jelah yang kita kenal tahu pasal our blog. Kan? Kehkeh. Satu hari my classmate Harith, dia whatsapp, "expect less, hurt less" aku macam pehal dia ni tiba tiba whatsapp quote tu. Pastu aku rasa macam aku pernah baca benda ni, tapi kat mana ntah? Then aku malas fikir, aku abaikan je. Aku tak reply pun, malas nak layan.

Pastu 10min lepas tu dia whatsapp lagi, "kau blue tick kan aku, sampai hati. Btw best jugak blog kau, takde tulis pasal aku pun kan." Aku like? What the fish man, mane mamat ni tahu aku punya blog. Aku terkejut gila. Setahu aku, aku tak pernah pun dedahkan address blog aku kat sapa sapa kecuali dalam dunia bloggers ni. Aku tanya dia "mana ko tahu haaaaaaaa?" Pastu dia reply, "haritu aku pinjam laptop kau, aku ter. ter. ter bukak history." Ceit, kurang asam punya budak. Habis terdedah personal life aku. 

Aku terus suruh dia delete memory dia tentang blog aku or apa apa yang berkaitan blog aku. Hahahaha Dia kata "mana boleh, ala biarla aku baca. Boleh tahan jugak penulisan kau. Lain kali tulis la pasal aku. Lagi rating blog kau menaik." Aku cakap kat dia pergi mampus. Pastu sepantas kilat aku tukar address blog ni. T_T Rasa macam terdedah segala rahsia hidup aku. Hahahha. Ntah la kenapa, kalau orang yang aku kenal baca je mesti rasa tak best. Kalau orang yang tak kenal baca, ok pulak? Ntah la. kehkeh

Mungkin sebab aku taknak orang yang aku kenal tahu apa aku rasa. Sebab apa yang aku tulis kat sini, semua aku tak luahkan dalam real life. Apa yang aku tak sampaikan dalam dunia luar, aku sampai kan kat sini. Ala kira macam diary aku la ni? Takkan kau nak bagi orang yang kau kenal baca diary kau? Kan? Kalau orang yang aku tak kenal baca, its okay. Sebab lantak la? dia tak kenal aku? keh keh. 

Seminggu lepas tu, Harith whatsapp balik. "Oi pendek, mana blog kau?" Pastu aku reply "dah delete" KAHKAHKAH. Dah la panggil aku pendek T_T Ah lantak dia. Aku fikir, macam bodo jugak mamat ni. Dah dapat baca blog aku tu, senyap senyap dah la. Nak bgtahu aku kenapa? Kan dah tak boleh baca sekarang. Kahkah. Padan muka. So now, aku dah senang hati. Rahsia aku terselamat dari kecaman dunia. Kahkah. Moral of the story, jangan bagi orang pinjam laptop. Kalau nak bagi jugak, delete history. Kahkah. k adios. :)
December 18, 2015

♥ Segmen by Farahana Sharif.

(click banner ^ untuk join)

Hai, give away again. Ntah takde mood nak menulis anything about mylife. Nak sambung cerita Unexpected Feeling pun takde mood. Aduh, penat la nak kejar mood yang asyik lari je. Tunggu la aku dapat kau balik mood, aku ikat kau kat pokok banyak kerengga! Ha baru tahu. lol. Dah alang alang malas nk bercerita, moh le kita join give away banyak banyak. :)

Tarikh tamat : 26 Disember 2015. 
December 17, 2015

♥ Buku Fixi Giveaway By Yaya


(click banner ^ untuk join)

Hai, im on give away again. Aku di-tag oleh Hanie. Thanks ^^
Nak tahu satu rahsia tak? Aku ni boleh dikategorikan suka jugak membaca. My room is full of novel and comic. Tapi satu je pelik, walaupun buku fixi ni popular gila, aku tak pernah baca seketul pun buku dia. Kahkahkah. Aku taktahu kenapa. Padahal ada je buku buku-buku thriller yang aku baca. Tapi fixi ni, hampes tak terasa nak baca pun? Ntah la kenapa. Hahahaaha. So, if i win this give away, maknanya dah sampai seru aku untuk membaca buku-buku fixi ni. Kahkahkah. :p Rules dia pun sumpah senang. So goodluck for me and sapa-sapa yang join. May the odds be ever in your favor. lol. Adios.

Tag : Qila, Shafa, & Syaz
Tarikh Tamat : Belum di tentukan.

♥ UiTM, settle.


Ter-update-nya entry ini, maknanya Hana officially have quit UiTM. I still really dont know whether this is the good decision or not. Im still in doubt walaupun satu demi satu benda yang aku buat, telah membuatkan aku jauh dari UiTM. Aku buat semua tu tanpa sedar. Bukan tanpa sedar, ntah? Aku telah send borang berhenti. Aku telah stop PTPTN. Nah i just dont know. Hati aku taknak, tapi otak and badan aku still working on berhenti UiTM. Ntah la. Hati aku still taknak tinggalkan UiTM.

That kind of thought is bad for me i know. Tapi jauh dalam hati, still rasa seronok and taksabar untuk belajar benda baru. Belajar kat tempat baru. Gain new experience. Tapi, ntah la. Aku stay UiTM dua minggu lebih just for lepak dengan kawan-kawan and settle segala benda untuk berhenti. Untuk selesaikan borang berhenti tu, aku telah dibawa round satu UiTM kahkah. sebab nak ambil tandatangan beberapa orang penting kt sini. Aku pergi mushroom untuk settle hutang kolej, aku pergi library, aku pergi makmal, aku pergi HEP, HEA. Semua tempat tu telah mengeluarkan kembali kenangan kenangan semester 1-3. Ada jugak la air mata keluar sikiiiiiiit. Cepat cepat aku lap guna baju. T_T 

Time aku mintak tandatangan pengurus makmal, dia tanya aku. "Ni dah habis fikir ke nk berhenti ni? Dah semester 4 ni? Sungguh ke nk berhenti?" Aku cakap "dah fikir habis kut?" Pastu dia kata "KUT?" Nada terkejut. Kehkeh aku senyum je. Pastu dia kata, "takpelah. Kat mana pun sama je kan? Janji belajar sungguh sungguh." Pastu dia senyum. Aku pun senyum. Pastu krik krik. Pastu aku minta diri. Kahkah.

Aku duduk di bilik roommate aku yang lama. Sebab bilik dorg ada katil kosong. Sebab itu mmg katil aku. Tapi aku tak daftar pun kolej. Sebab, ntah? Nanti susah pulak nk daftar keluar. Biarlah. Pastu ada satu hari tu, ada spotcheck. -_- Time aku datang lah pun dia nak buat spotcheck. Aku buat buat tidur je, roommate aku yang jawab semua. Kehkeh. Kesian pulak dia. Alah JPK pun sibuk je, dah la datang tengah tengah malam. Dia tanya "Mana slip pengenalan diri depan pintu tu untuk sorg lagi?" Roommate aku jawab, "Dia tak letak lagi. Esok pagi dia letak." Padahal mmg takde sebab aku tak daftar kolej. Aku lah PATI. Pendatang tanpa izin. Mesti semua PATI rasa macam ni kan kat Malaysia ni? Kehkeh. Pastu JPK duk pok pek kat jiran sebelah, kasut kenapa banyak la apa la. Padahal, dorg tengah buat study group. Pastu aku dengar jiran perli JPK. "Kawan kawan nanti datang bilik aku, jangan pakai kasut tau, semak banyak kasut depan ni." Kehkehkeh. Itula, sibuk lagi datang memalam buta kacau orang, pastu pokpek pokpek pulak. Hmm. Mmg kena hentam le. Takpela, dah kerja dorg kan, nak buat macam mana? 

Malam terakhir aku di UiTM, aku lepak dengan kawan kawan kat cafe. Kawan aku tanya, kenapa nk berenti UiTM walaupun hang takmau? Aku senyum, aku angkat bahu tanda taktahu. Oh my dear friend, aku pun still taktahu and masih berfikir kenapa aku nak berhenti UiTM. Walaupun aku taknak? Mungkin sebab aku lebih nampak masa depan kalau aku pergi SPA. Aku tahu rezeki tu ada kat mana mana even if aku stay in UiTM. Tapi, dah kalau rezeki dah memang betul betul ada depan mata, takkan nak tolak kan? So yeah, aku dah berhenti UiTM. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menempuh hari hari sedih di UiTM. 

Not so goodbye myLove, goodbye roommate, goodbye my friends, goodbye C-Mart Arau, goodbye UiTM Kampus Arau Perlis. I will surely miss you guys a lot. :') Thank you for the memories. UiTM akan sentiasa dihatiku. Doakan aku semoga tabah and kuat untuk hadapi masa depan. Adios. 
December 4, 2015

♥ Unexpected Feeling.


A boy who i'll always miss. My first time seeing him is when we're on Tingkatan 2 (2010). Kira awal awal tahun la, dia baru dipindahkan masuk ke sekolah aku. Dia adalah kawan sekolah rendah kepada beberapa kawan aku. Maknanya, dorg kenal dia lagi lama dari aku. So, masa first time dia masuk sekolah tu, kami terserempak dengan dia time dia nak masuk class. Aku buat biasa la, buat taktahu, lantak dia la. Then kawan kawan aku cakap, "dia baru masuk sini, tapi kawan sekolah rendah kami bla bla, nama dia Ahmat *bukan nama sebenar*." Aku iya kan jela. Kenapa bagitau aku? Kehkeh. My bestfriend, laaaagi kenal dia lama, siap boleh main kutip kutip berudu lagi dalam longkang dekat taman dorang tu ha. Hahahaha. Time my bestfriend cerita time depa kecik kecik, aku gelak taksudah. Hahahahahaha. Dorang kawan dari kecil, duduk taman yang sama and tadika pun sama. Hehe

Dia and aku kelas lain lain. Dia budak pandai, duduk kelas first, aku hmmm budak blur blur, kelas no 2. Kehkeh. Aku ada kawan jugak kat kelas first tu, then dorg duk cerita pasal dia. Suka main main dalam kelas, mulut takde insurance la, ape la, kureng hajar sikit la, ape la. Kahkah. Time tu mmg aku tak suka la dia. Sebab ntah aku tengok dia pun mcm budak jenis hat nakal and bermasalah. Hahahah pastu aku fikir eh lantak dia la. Kisah apa aku? Dia kenal aku pun tak? Haha. Pastu lepas beberapa bulan, dia pindah sekolah. Kami pun taktau kenapa dia pindah. So.. takdelah cerita pasai dia dah lepas tu......

Pastu dah masuk tingkatan 3(2011), tiba tiba dia masuk balik sekolah aku. Kehkeh, suka main pindah pindah sekolah kan dia? Haha. Dia dapat class sama dengan aku. Jadi dah kalau dari form2 aku tak suka dia, form3 pun still tak suka la kan? Hahahahahaha. Then yes, dia memang budak nakal. Kalau tak bising sehari mmg bukan dia la namanya T_T Naik rimas aku dengan dia. Sumpah rimas gila. Kacau budak ni, kacau budak nu. T_T Tapi satu part je aku suka kat dia time tu, he is a very funny person. Walaupun aku benci dia time tu, lawak dia selalu aku gelak T_T walaupun kadang kadang cepuk mulut lepas tergelak dengar dia buat lawak. Hahahahaha.

Time nak akhir akhir tahun, tiba tiba aku jadi rapat dengan dia. Boleh la setakat nak stop cepuk mulut bila dengar dia buat lawak. Boleh la nak sembang mcm kawan kawan biasa. Keluar lepak dengan kawan kawan lain sama sama. Tapi perasan meluat dia duk bising dalam kelas tu still ada. Yang tu takboleh nak ditepis memandangkan aku tak suka suasana yang bising. Haha. Aku ingat lagi, ada aku pi tesco dengan kawan kawan aku, dia join, sebab tesco kat tempat aku baru bukak and tesco tu sebelah rumah dia je. Haha. Then aku bising kat kawan aku, aku nak balloon. Hahahahaha tiba tiba dia mai bagi seketui. Hahaha Aku still simpan balloon tu sampai sekarang. So start dari tu aku dengan dia bermessage-message-an. Time goes by...... jeng jeng jeng

✔ Unexpected Feeling part 2. Hehe adios.
December 2, 2015

♥ Kelebihan loner person.


First of all, clear your mind off from loner person is a loser. Hey they got a way lot more benefits than being you. lol Just kidding. so yeah here we go. 

No need friend to survive. Ok yes this one is the best thing about being loner. They can travel alone, walk alone, do things alone with no problem at all. Bc yes, look at someone else, your friend maybe? or maybe yourself? Do you need someone to accompany you to see someone, lectures maybe? teachers? or something that you have to knock on the door and say Assalamualaikum or good morning, is Mrs Minah here? Ah aku confirm semua orang pernah lalui semua ni. Tambah tambah bila time sekolah, nak nak time nak jumpa cikgu dalam bilik guru. "Eh kau ketuk la" "eh kau la" "kau la" "ok ok aku ketuk, kau cakap" am i right? Nah being a loner can solve this problem seriously, they like have no heart and just do what they want to do without being hesitate. 

People said they are sad, but act they're not. 
Okay this one. How to explain?  Orang ramai mesti like, weh sedihnya hidup dia, jalan sorg sorg, makan sorg sorg, study sorg sorg. Weh like seriously, loner person really doesnt need anybody by their side. It is because, they cant stand in crowd. Even if in a small group that have 7 or 8 people. They can handle it okay but actually they can be really uncomfortable or really sad about it. They're more way a lot happier than you ever think if they're being alone. 

No need person to cheer her/him up if sad. 
Yeap,  this is the best. They really doesnt need anybody. They can cheer their self up on their on. Trust me. If you have a loner friend, and hes/shes being sad, don try to cheer they up. If a loner person is sad, i think its way more worst than a normal person sad. Bc they rarely being sad. Just give them time, maybe a night or the longest, a day maybe? they can be as they are back. They just need their own time. Isnt it miracle? lol

You're very special if having a loner person as friend.
Okay this one, you're really really really super special if having a loner person as friend. Bc they very hard to trust people. Very very very picky on trusting people. Sometime, they can make people happy by hanging out with them. They can make people feel special bc they choose them to being hang out with. lol

They're not expecting much.
I dont know how to explain this one. If they're loner, they will expect thing less. They will not put their hopes high on people. So that they cant be broke. Good for them and good for others. and yes, one more benefit for being a loner person friend. kehkeh. They'll never feel offended if you choose others than them. They will secretly relieve if you're not choosing them. lol

They're less or maybe doesnt have dramas.
Yup. Dorg like tak payah nak pening pening tau tak. Sebab hey they're in very very small circle of people, what dramas do they had to face and create? Lagipun dorg ntah ambil kisah ke tak pasal that small circle. They just being in their own freaking world. 

Mystery.
Ok this one is the best part. People always wonder what you're doing when alone. How can you survive? how can you be happy? Kehkeh People will always wonder that. Yeah if the loner is a guy, and handsome pulak kan, confirm confirm ramai peminat. Serius. Hahaha.

Last but not least, they know theres a difference between being lonely and being alone. and i think loner person is a very independent person. They doesnt need people to support them. Wow. Im actually very impressed with them. Haha this is just my opinion based on my research. lol research la sangat kan. Kehkeh. Ha ade tak ciri ciri loner person dalam diri korang tu? Aku rasa everybody is like this now. They prefer sitting in the room alone rather than being socialize. Aku pun macam tu, aku rasa? Tapi i think everything have their own pro and cons. Ade jugak kelemahan bila jadi loner ni. Kehkeh. Nanti aku update kelemahan pulak ye? adios.
December 1, 2015

♥ Contest By Izzat Azhar

Click Gambar untuk Join!!
Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.


Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Tarikh tamat : 05 December 2015 | 23:59

♥ Zyraroxx's Mini GiveAway

 
(click banner ^ untuk join)

Uish, bukak bukak je blog dia, terus aku rasa mcm peh aku kena dapatkan comic ni. Serius. Haha ntah la kenapa? Blog ni comel gila cool gila. Comel and cool, what a great combination. lol *anggapla ni rasuah* KAHKAHKAH. k Tapi serius ah, ohsem gila doodle dia. Kalau dah dalam blog pun ohsem gila, comic dia taktau la weh. Pastu siap ada cEro skali dalam pembikinan comic ni. Aku dah follow lama blog cEro. Siap aku add FB personal dia dulu. Pastu sekarang aku duk request energy dalam game Criminal Case kat dia. Sebbaik dia bagi. KAHKAHKAH. Mamat cEro ni pun kalau melukis hmmmm boleh nangis tepi bucu katil, sebab insekiyo. Kenapala aku takde bakat melukis weh. Aku lukis kucing jadi singa, lukis cicak jadi buaya. WHY WHY. My s4d lyf3. Hmm.. Aku bukak list yang join give away ni, uish ramai jugak T_T macam tak luck je aku kali ni. Dah la join last minute. Takpe masih berbaki lebih kurang 22hours lagi. Kehkeh. Takpela, kalau rejeki ada, dapat lah hendaknye. Kalau takde rejeki, moh le beli. RM30 dapat dua dua tu ha. More info >click sini< *tolong promote kut kut le boleh dapat free* lol adios.
Tarikh tamat : 02 Disember 2015 | 11:59pm(jam dia)