December 25, 2015

♥ I'm home!


Yeay, setelah beberapa hari hilang di kota-yang-tak-pernah-tidur, Kuala Lumpur. Im back! Hehe. Aku pergi bercuti sana. Bukan bercuti sangat la, jalan jalan je. Pergi pun tempat yang cliché gila kt KL tu. Naik bosan pun ade. Tapi ok je, sebab ade je benda baru yang dorang tambah-tambahkan. First place that aku pergi Zoo Negara! Guess what? this is the second time aku masuk Zoo negara. First time aku time aku 9tahun mungkin? Ha aku pun dah tak ingat. Seingat ingat aku, dulu aku pergi, tepi tepi dia still penuh dengan hutan. Taktahu la betul ke tidak memory aku ni. Hahaha. 10 tahun dah weh tak jejak kaki kat sini. Kehkeh. Masuk sini, semangat kena kuat. Hahahaha Sapa tak tahan panas taktahu la. Kalau untuk baby lagi kesian T_T Pakaikan la topi or payung ke, yg penting bawak kipas. Ala kipas comel je, takpayah bawak kipas stand kat rumah tu pulak. T_T Kalau nak naik Trem, macam train tu, kena bayar. Senang sikit for babies. Tak de la panas sangat, and berangin je. Tapi aku prefer walk. Boleh exercise. Hehe.

Tapi lepas korg berpanas-panasan, boleh je lepak dalam tempat panda. Sejuk weh. Nyaman je. Best gila. Jeles pulak aku dengan panda ni. Hehehehe. Jumpa Fu Wa(male) and Feng Yi(female)! Atau nama Malaysianya, Xing Xing(male) dan Liang Liang(female). (aku tak suka nama Malaysia dorg, sebab tak berapa nk sedap) Kehkeh. Tapi time aku pergi tu, ade Fu Wa je. Feng Yi mungkin tengah susukan anak dia kat blakang. Kehkeh. Aku sempat tangkap gambar satu je Fu Wa tunjuk muka, yang lain semua dia sorokkan muka belakang batu. Sebab anak sedara aku yang berumur 2tahun lebih menunjukkan ke-eksaited-an dia dengan menjerit T_T Mungkin dia seronok sebab bergema, last last mak dia lari bawak dia keluar. Dalam tempat panda tu korang tak boleh bising. Sebab pendengaran panda sangat sensitive. Sedih gila Fu Wa tutup muka dia. T_T Tak sempat selfie. Hmmm. 

Satu lagi, kalau nak tengok baby panda, korang kena pergi tempat panda ni pukul 2:30pm - 3:30pm. Time tu je dorg put the baby on display. Aku pergi pukul 4lebih, takde pun baby T_T Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Balik tu bukak instagram Zoo Negara, baru tahu ade time dorg show the baby. Menyesal gila rasa tak masuk awal. Huaaaaaa. and one more, kalau nak pergi Zoo Negara, better pergi seawal dorg bukak tu, pukul 09:00am. Sebab nanti korg boleh follow dorg punya schedule. Feeding time and animal show. Tapi time aku pergi,  tempat animal show tu dorg renovate, dorang relocated dekat Kids punya tempat, kecik je. Animal dorang show pun tak banyak. Duration pun kejap je. Tak best weh. Pergi le nanti time dorang dah siap renovate. Ok? hehe. Entrance fee dia, Zoo sahaja, RM32 for adult, and RM11 for kids. Kalau nak masuk panda, RM54 for adults, RM22 for kids. So aku masuk, dua dua jadi RM86 untuk seorang adult. Hehe. Tapi abg aku dapat coupon discount from mane tah. So dapat dikurangkan lagi. So sebelum nk gi, cari la discount coupon kat mane mane k? :p

Next day, kak aku plan nak pergi Bukit Tinggi, Pahang. Fuh tempat dia aku tengok dalam Google cantik gila T_T Tak sabar gila nak pergi. Tiba tiba kak aku cancel. Kecewa dia hanya Tuhan yang tahu. Takpe, nanti aku gi honeymoon sana. Kehkeh. Ntah la cancel sebab apa, mungkin tak cukup masa. Reschedule,  kitaorang pergi Aquaria, pergi sini pun kena tengok time. Boleh join dorg punya activities. >refer here for feeding time< Kalau tak, rasa macam jalan kosong je taktahu pape. Tak best weh! Aku pergi haritu, dorang feed piranha, and otter and boleh bagi makan ikan dalam kolam tu sendiri. Tapi kena beli makanan dorg sediakan, RM3 tak silap? Ntah la, ni pun aku dengar announcement je, sebab kitaorang dah terlajak, so malas nak patah balik. Kehkeh. Masuk sini, RM46 adults, RM35 for kids. Ni pun abg aku dapat discount from Aeon, discount 10%. Hehe.

Then lepas tu gi Ikea. That was my first time masuk Ikea T_T oh god, best namatey. Masuk je terus dalam kepala cakap "nanti aku ade rumah aku nak datang sini beli semua" "omg cutenya, nanti ada rumah aku beli ni" "nanti ada rumah aku beli ni" Semuanya ada dalam ni! T_T Rasa nak tidur je sini. Kahkahkah. Pastu i try dia punya meatball, erm rasa dia tak la sesedap yang disangka. Aku ingat kesedapan dia boleh la change aku punya selera yang tak makan segala jenis ball, tak kira la meatball ke fishball ke fishcake ke. Tapi rasa dia taksedap mana pun. Aku pelik jugak ramai yang duk post kat instagram. Macam dorg happy gila dapat makan meatball tu. Kenapa ye? Maybe sedap, disebabkan aku bukan fans of all type of ball. Jadi tak sedap. kehkeh. 

Okay tu je kut nak kongsi. Act banyak lagi tempat lain. Tapi entry ni pun dah panjang. I bet orang takkan baca kalau entry pepanjang. Sebab kalau aku sendiri pun kalau nak baca entry panjang-panjang memang idok le. So i'll stop here! Hehe. So entry ni bukan entry berbayar sebab promote dorg punya tempat. Kehkeh ni dengan rela hati aku promote. I think my jalan jalan kali ni lebih kepada jalan jalan untuk kanak kanak T_T Penat weh jaga dorg. Rasa nak pecah kaki ni ha time kejar dorg kat Zoo. Dah la 5orang semuanya. Sorg ni nak dukung tak larat jalan, sorg ni asyik nk pergi kedai souvenir, sorg ni nak lari, sorg ni nak jalan, padahal jalan pun tak reti lagi T_T ha tu la perangai anak sedara aku semua. kbye nak tidur seminggu untuk recharge. kehkeh. adios.

Kiri gambar aku kat Ikea and kanan tu gambar Fu Wa bersantai sebelum ketakutan dengar anak sedara aku menjerit. Kahkah.

4 comments:

  1. yeayy baca habis.,, akak paling suka jalan ikea kadang tak beli apa2 tapi tetap nak tawaf jugak situ.. haa..XD..... btw header mmg owesome :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay tahniah habis baca! :p
      best gila kan ikea!!!! rasa taknak keluar dari situ. kehkeh

      Delete
  2. teringin nya nak pergi IKEA :O tak pernah smpai lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huaaaaaaa you really should go!!!!
      Dah la ade dua je kat malaysia ni T_T tu pun jauh dari utara. Sedihnya takboleh masuk selalu.

      Delete

No harsh word. Thank you! x