Untuk yang pernah ada, cukup.
Tidak perlu lagi kata maaf atau terima kasih.
Cukup sampai disitu sahaja.
Masa dan harta yang pernah diberi hanyalah pinjaman Tuhan untuk dikongsi.
Biarkan hanya aku, kau dan Tuhan sahaja yang tahu kita pernah bersua.
Redha dengan segala galanya.
Tidak mahu lagi ada apa apa kaitan,
bukan tanda dendam atau tidak memafkan.
Tiada dendam yang tersimpan.
Cuma terlalu perit untuk bersua,
terlalu sakit rasa yang diterima.
Serik & takut rasa itu kembali.
Rasa sakit yang terlalu perit untuk diterima,
terlalu perit untuk dihadapi.
Memaafkan bukan beerti boleh menerima.
Memaafkan hanya untuk diri, agar dapat terus hidup.
Syukur, sumpah sudah bahagia, sumpah sudah lupakan semua.
Terlalu cukup segalanya disini.
Terlalu cukup hingga "layakkah diri ini?" melayang layang.
Untuk yang mendatang,
harap diterima apa yang tersandang,
pertamanya, maafkan aku sayang.
No comments:
Post a Comment
No harsh word. Thank you! x